Summary: | Satu kajian sistematik telah dijalankan di Negeri Perak, Riau, Aceh, dan Sumatera Utara, Indonesia dari Mei-Jun 2007, November 2007 dan Mac 2008 untuk menyelesaikan isu dan masalah pengasas Kesultanan Perak, pengaruh Aceh di Negeri Perak berdasarkan kajian pada batu nisan Aceh, kedudukan makam-makam Diraja Perak, dan asal-usul batu nisan Aceh. Pendekatan kajian ini bertujuan untuk menentukan asal-usul pengasas Kesultanan Perak berdasarkan makam-makam Diraja Perak. Kajian akan merangkumi pengenalpastian kawasan sumber batu nisan “batu Aceh”, kedudukan makam-makam Diraja Perak, dan pengaruh Aceh di Negeri Perak berdasarkan kajian pada batu nisan Aceh.
|