Penulisan Sejarah Negeri Pahang

Siri sejarah negeri oleh Buyong Adil merupakan penulisan sejarah negeri paling terkenal sehingga kini. Walaupun popular siri ini tidak lagi memadai kerana ketiadaan perbincangan mendalam tentang perkembangan selepas merdeka selain gagal mengambilkira kemajuan penyelidikan dalam pelbagai bidang se...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Abu Talib
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44933/1/Penulisan%20Sejarah%20Negeri%20Pahang%202.pdf
Description
Summary:Siri sejarah negeri oleh Buyong Adil merupakan penulisan sejarah negeri paling terkenal sehingga kini. Walaupun popular siri ini tidak lagi memadai kerana ketiadaan perbincangan mendalam tentang perkembangan selepas merdeka selain gagal mengambilkira kemajuan penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti arkeologi sejak 40-50 tahun yang lalu. Tumpuan esei ini ialah kepada penulisan semula sejarah negeri Pahang dengan perbincangan dipecah kepada empat bahagian iaitu sejarah negeri yang terdapat di Malaysia, isu-isu dalam penulisan sejarah negeri Pahang, sumber untuk penulisan sejarah negeri dan aspek sejarah yang perlu dimasukkan ke dalam penulisan sejarah negeri sebelum 1941, untuk tempoh 1942- 57 dan selepas 1957. Namun huraian ianjut hanya dibuat kepada sejarah negeri sebelum 1941 dengan fokus kepada Orang Asli, Hukum Kanun Pahang dan masyarakat sebelum kurun ke-19, perkembangan pertanian padi antara 1888-1941 serta banjir dan pertanian. Dari segi sumber rujukan dibuat kepada laporan tahunan Pahang antara 1888-1939, Hukum Kanun Pahang dan lain-ain.