Kajian pelanggaran prinsip kerjasama Grice dalam Rancangan Muzikl Lawak Superstar (2019)

Bahasa merupakan alat komunikasi penting dalam interaksi seharian. Komunikasi berkesan semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara pihak yang terlibat untuk menghasilkan tuturan yang mudah difahami dan dapat diterima. Kejayaan berkomunikasi dapat dianalisis menggunakan pelbagai prinsip berkait...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan, Wan Azni Mohamad, Yusoff, Nur Faraliana Mohd, Ghani, Nor Hayati Abd, Husain, Fauzilah Md
Other Authors: Abu, Norsofiah Bakar
Format: Book Section
Language:English
Published: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46538/1/ART%2022.pdf
Description
Summary:Bahasa merupakan alat komunikasi penting dalam interaksi seharian. Komunikasi berkesan semasa perbualan bergantung pada kerjasama antara pihak yang terlibat untuk menghasilkan tuturan yang mudah difahami dan dapat diterima. Kejayaan berkomunikasi dapat dianalisis menggunakan pelbagai prinsip berkaitan tatacara perbualan. Prinsip-prinsip tersebut mengariskan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak yang terlibat dalam perbualan untuk memastikan kelancaran komunikasi. Salah satunya ialah Prinsip Kerjasama Grice (1975). Menurut Grice, pihak yang terlibat dalam perbualan akan dapat berkomunikasi dengan baik apabila mereka mematuhi prinsip kerjasama yang meliputi empat maksim, iaitu masksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara. Interaksi semasa perbualan akan menjadi kurang lancar sekiranya peserta gagal mematuhi maksim-maksim tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti pelanggaran maksim Prinsip Kerjasama Grice oleh peserta rancangan hiburan baharu realiti Muzikal Lawak Superstar (2019) semasa persembahan mereka. Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis perbualan persembahan peserta. Data perbualan peserta diperoleh daripada dua episod rancangan tersebut yang telah disiarkan di saluran televisyen Astro Warna bermula pada bulan Jun 2019. Data yang dianalisis meliputi persembahan 14 kumpulan lawak yang bertanding dan pengacara dalam rancangan tersebut. Kaedah penelitian meliputi memuat turun data daripada laman sosial YouTube, mentranskripsi perbualan peserta semasa persembahan dan menganalisis serta mengklasifikasikan perbualan berdasarkan empat maksim Grice. Penelitian dilakukan oleh tiga orang penyelidik. Hasil kajian menunjukkan berlaku pelanggaran prinsip kerjasama yang meliputi keempat-empat maksim, iaitu maksim relevan, kualiti, kuantiti dan cara.