Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Sindrom Fragile X merupakan salah satu penyakit pewarisan yang paling kerap menyebabkan keadaan kerencatan akal. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh peningkatan jujukan trinukleotida ulangan (CGG) yang terletak dalam kawasan 5' UTR gen FMR1 dan mengakibatkan perencatan fungsi gen ini. Sindr...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sidek, Mohamad Ros
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/47736/1/DR.%20MOHAMAD%20ROS%20SIDEK-24%20pages.pdf
_version_ 1797011820653838336
author Sidek, Mohamad Ros
author_facet Sidek, Mohamad Ros
author_sort Sidek, Mohamad Ros
collection USM
description Sindrom Fragile X merupakan salah satu penyakit pewarisan yang paling kerap menyebabkan keadaan kerencatan akal. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh peningkatan jujukan trinukleotida ulangan (CGG) yang terletak dalam kawasan 5' UTR gen FMR1 dan mengakibatkan perencatan fungsi gen ini. Sindrom ini juga dikaitkan dengan fenomena tapak rapuh yang berlaku pada hujung lengan q kromosom X akibat sifat sensitif kepada asid folik yang terletak pada kromosom X ( Xq27 .3) atau simbolnya (FRAXA). Kajian ini dilakukan untuk menganalisis taburan aiel FRAXA dalam populasi lelaki normal, pesakit dan ahli keluarga pesakit sindrom Fragile X orang Melayu di Kelantan. Taburan aiel FRAXA dibandingkan dengan populasi lain. Analisis struktur jujukan ulangan trinukleotida (CGG)n pada gen FMR1 dan lokus mikrosatelit berhampiran kawasan ini turut dilakukan. Sejumlah 142 sampel darah digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada 69 individu lelaki normal, 48 sampel yang terdiri daripada pesakit terencat akal yang disyaki menghidap sindrom Fragile X dan 25 sampel daripada ahli keluarga mereka. Ujian sitogenetik hanya dilakukan kepada sampel pesakit sindrom Fragile X yang disaring secara klinikal bagi mengenal pasti kewujudan tapak rapuh pada hujung q kromosom X (Xq27 .3). Ujian genetik molekul dilakukan terhadap kesemua sampel kajian termasuk daripada individu normal. Melalui ujian sitogenetik, hanya 2 sampel (4.17%) menunjukkan tapak rapuh pada hujung kromosom X (Xq27.3) daripada 48 sampel yang dikaji. Sebanyak 73 sampel kajian terdiri daripada sampel pesakit terencat akal dan ahli keluarga diuji dengan kaedah PCR bagi menentukan bilangan jujukan ulangan trinukleotida (CGG). 18 sampel (37.50% daripada sampel pesakit) gagal diamplifikasi dan berkemungkinan mengalami mutasi penuh. 55 sampel (75.34% daripada 73 sampel kajian) menunjukkan saiz ulangan jujukan trinukleotida (CGG) bervariasi. Taburan jujukan ulangan trinukleotida (CGG) di kalangan 69 orang individu lelaki normal didapati berbeza dengan beberapa kajian yang telah dilakukan dalam populasi lain. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan wujudnya mutasi baru dalam populasi yang dikaji. Analisis terhadap taburan aiel FRAXACl dan DXS548 menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara individu normal dan pesakit sindrom Fragile X. Ini menunjukkan tiada kesan aiel pengasas (founder effect) diperhatikan dalam populasi kajian. Namun begitu analisis haplotaip (DXS548-FRAXAC1) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara individu normal dan pesakit Sindrom Fragile X, menunjukkan kehadiran 'haplotaip pelindung' dan 'haplotaip pengasas' dalam populasi kajian. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini menyimpulkan bahawa ujian genetik molekul sesuai dan boleh dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Kajian ini juga mencadangkan agar satu projek penyaringan perlu dilakukan di kalangan pesakit terencat akal bagi menentukan punca sebenar penyakit tersebut dan akan dapat membantu ahli keluarga serta pihak hospital merangka kaedah pengurusan pesakit sindrom Fragile X dan ahli keluarga yang terlibat dengan lebih efektif. Hasil kajian ini juga dapat dibangunkan di HUSM bagi tujuan diagnosis dan menyokong kaunseling genetik Sindrom Fragile X.
first_indexed 2024-03-06T15:39:54Z
format Thesis
id usm.eprints-47736
institution Universiti Sains Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T15:39:54Z
publishDate 2006
record_format dspace
spelling usm.eprints-477362020-10-25T01:20:03Z http://eprints.usm.my/47736/ Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Sidek, Mohamad Ros R Medicine (General) Sindrom Fragile X merupakan salah satu penyakit pewarisan yang paling kerap menyebabkan keadaan kerencatan akal. Penyakit ini berlaku disebabkan oleh peningkatan jujukan trinukleotida ulangan (CGG) yang terletak dalam kawasan 5' UTR gen FMR1 dan mengakibatkan perencatan fungsi gen ini. Sindrom ini juga dikaitkan dengan fenomena tapak rapuh yang berlaku pada hujung lengan q kromosom X akibat sifat sensitif kepada asid folik yang terletak pada kromosom X ( Xq27 .3) atau simbolnya (FRAXA). Kajian ini dilakukan untuk menganalisis taburan aiel FRAXA dalam populasi lelaki normal, pesakit dan ahli keluarga pesakit sindrom Fragile X orang Melayu di Kelantan. Taburan aiel FRAXA dibandingkan dengan populasi lain. Analisis struktur jujukan ulangan trinukleotida (CGG)n pada gen FMR1 dan lokus mikrosatelit berhampiran kawasan ini turut dilakukan. Sejumlah 142 sampel darah digunakan dalam kajian ini yang terdiri daripada 69 individu lelaki normal, 48 sampel yang terdiri daripada pesakit terencat akal yang disyaki menghidap sindrom Fragile X dan 25 sampel daripada ahli keluarga mereka. Ujian sitogenetik hanya dilakukan kepada sampel pesakit sindrom Fragile X yang disaring secara klinikal bagi mengenal pasti kewujudan tapak rapuh pada hujung q kromosom X (Xq27 .3). Ujian genetik molekul dilakukan terhadap kesemua sampel kajian termasuk daripada individu normal. Melalui ujian sitogenetik, hanya 2 sampel (4.17%) menunjukkan tapak rapuh pada hujung kromosom X (Xq27.3) daripada 48 sampel yang dikaji. Sebanyak 73 sampel kajian terdiri daripada sampel pesakit terencat akal dan ahli keluarga diuji dengan kaedah PCR bagi menentukan bilangan jujukan ulangan trinukleotida (CGG). 18 sampel (37.50% daripada sampel pesakit) gagal diamplifikasi dan berkemungkinan mengalami mutasi penuh. 55 sampel (75.34% daripada 73 sampel kajian) menunjukkan saiz ulangan jujukan trinukleotida (CGG) bervariasi. Taburan jujukan ulangan trinukleotida (CGG) di kalangan 69 orang individu lelaki normal didapati berbeza dengan beberapa kajian yang telah dilakukan dalam populasi lain. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan wujudnya mutasi baru dalam populasi yang dikaji. Analisis terhadap taburan aiel FRAXACl dan DXS548 menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara individu normal dan pesakit sindrom Fragile X. Ini menunjukkan tiada kesan aiel pengasas (founder effect) diperhatikan dalam populasi kajian. Namun begitu analisis haplotaip (DXS548-FRAXAC1) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara individu normal dan pesakit Sindrom Fragile X, menunjukkan kehadiran 'haplotaip pelindung' dan 'haplotaip pengasas' dalam populasi kajian. Hasil yang diperoleh daripada kajian ini menyimpulkan bahawa ujian genetik molekul sesuai dan boleh dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Kajian ini juga mencadangkan agar satu projek penyaringan perlu dilakukan di kalangan pesakit terencat akal bagi menentukan punca sebenar penyakit tersebut dan akan dapat membantu ahli keluarga serta pihak hospital merangka kaedah pengurusan pesakit sindrom Fragile X dan ahli keluarga yang terlibat dengan lebih efektif. Hasil kajian ini juga dapat dibangunkan di HUSM bagi tujuan diagnosis dan menyokong kaunseling genetik Sindrom Fragile X. 2006 Thesis NonPeerReviewed application/pdf en http://eprints.usm.my/47736/1/DR.%20MOHAMAD%20ROS%20SIDEK-24%20pages.pdf Sidek, Mohamad Ros (2006) Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Masters thesis, Pusat Pengajian Sains Perubatan.
spellingShingle R Medicine (General)
Sidek, Mohamad Ros
Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
title Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
title_full Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
title_fullStr Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
title_full_unstemmed Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
title_short Analisis genetik molekul pesakit Sindrom Fragile X di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
title_sort analisis genetik molekul pesakit sindrom fragile x di hospital universiti sains malaysia husm
topic R Medicine (General)
url http://eprints.usm.my/47736/1/DR.%20MOHAMAD%20ROS%20SIDEK-24%20pages.pdf
work_keys_str_mv AT sidekmohamadros analisisgenetikmolekulpesakitsindromfragilexdihospitaluniversitisainsmalaysiahusm