Autonomi guru dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): persepsi guru terhadap pemansuhan peperiksanaan tahap 1 di Sekolah Kebangsaan
Pentaksiran bilik darjah memerlukan guru menumpukan autonominya secara optimum dalam pentaksiran tanpa perlu diganggu oleh lain-lain bentuk penilaian terutamanya dalam kalangan guru tahap 1 di sekolah rendah di Malaysia. Tiga objektif kajian ditetapkan iaitu mengenalpasti samada guru masih menjal...
Main Authors: | , , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Kaizentrenovation Sdn Bhd
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/50773/1/AUTONOMI%20GURU%20DALAM%20PBD%20-%20PERSEPSI%20GURU.pdf |
Summary: | Pentaksiran bilik darjah memerlukan guru menumpukan autonominya secara optimum dalam
pentaksiran tanpa perlu diganggu oleh lain-lain bentuk penilaian terutamanya dalam kalangan
guru tahap 1 di sekolah rendah di Malaysia. Tiga objektif kajian ditetapkan iaitu mengenalpasti
samada guru masih menjalankan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk murid
tahap 1 di sekolah, mengenalpasti sokongan terhadap pemansuhan peperiksaan untuk murid
tahap 1 dan mengenalpasti peningkatan autonomi dalam PBD. Pendekatan kuantitatif
digunakan dengan kaedah tinjauan sebagai teknik kutipan data dijalankan menggunakan
instrumen soal selidik atas talian. Seramai 662 orang guru yang mengajar di tahap 1 telah
dipilih secara rawak berstrata sebagai responden. Data kemudian dianalisis menggunakan IBM
SPSS versi 25 secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan guru merasakan peningkatan
autonomi dalam PBD serta menyokong pemansuhan peperiksaan untuk murid tahap 1. Namun
begitu majoriti guru masih menjalankan peperiksaan sebagai sebahagian dari pentaksiran. |
---|