Summary: | Kajian aktiviti antimikrob alga marin tempatan, terutamanya Gracilaria manilaensis terhadap mikroorganisma telah dilakukan. Sejumlah 10 spesies alga telah diekstrak dengan pelarut metanokkloroform (1:1), iaitu Caulerpa lertillifera, Caulerpa serrulata, Enteromorpha sp., Padina sp., Sargassum sp., Acauthophora sp., Gracilaria salicornia, Gracilaria changii, Gracilaria edulis dan Gracilaria manilaensis. Kajian penyaringan aktiviti antimikrob daripada pelbagai alga marin tempatan dengan menggunakan kaedah peresapan agar telah menunjukkan bahawa 73% alga marin yang dikaji mempunyai aktiviti antimikrob. Gracilaria manilaensis didapati mempamerkan spektrum aktiviti antimikrob yang luas dalam menentang mikroorganisma ujian.
|