Analisis Data Graviti Dan Magnet Bagi Mengesan Struktur Batuan Dasar Di Kawasan Delta Sungai Pahang

Kajian ini adalah bertujuan bagi memodelkan dan menjelaskan struktur geologi, terutamanya batuan dasar melalui analisis medan keupayaan. Bagi tujuan tersebut, dua kaedah medan keupayaan telah digunakan iaitu kaedah graviti dan kaedah magnet. Dalam kajian ini, sebuah lembangan sedimen pesisir pan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Noh, Khairul Arifin Mohd
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/51047/1/KHAIRUL%20ARIFIN%20BIN%20MOHO%20NOH_hj.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan bagi memodelkan dan menjelaskan struktur geologi, terutamanya batuan dasar melalui analisis medan keupayaan. Bagi tujuan tersebut, dua kaedah medan keupayaan telah digunakan iaitu kaedah graviti dan kaedah magnet. Dalam kajian ini, sebuah lembangan sedimen pesisir pantai telah dipilih sebagai lokasi kajian iaitu Delta Sungai Pahang yang berkedudukan di Pekan Pahang. Kajian ini melibatkan analisis data termasuklah penurunan, pelarasan dan pelicinan data. Dua kaedah pentafsiran terlibat dalam kajian ini iaitu pentafsiran secara kualitatif dan pentafsiran secara kuantitatif. Analisis dalam kajian ini dilakukan secara manual dan secara kendalian komputer dengan bantuan beberapa perisian komputer. Pentafsiran kualitatif adalah dirujuk secara terus berdasarkan peta kontur anomali yang dihasilkan, manakala pentafsiran kuantitatif adalah berdasarkan permodelan data. Hasil daripada pentafsiran secara kualitatif didapati anomali daripada kedua-dua kaedah medan keupayaan menunjukkan korelasi yang baik dengan memberikan bentuk yang serupa pada lokasi yang sama. Melalui pentafsiran kuantitatif, dengan permodelan matematik bersepadu bagi data graviti dan magnet dapat ditafsirkan bahawa lokasi kajian dibentuk oleh aktiviti batuan dasar, terutamanya rejahan basalt dan wujud fenomena metamorfisme sentuh. Kehadiran struktur rejahan basalt adalah seperti yang dijangkakan dalam pentafsiran secara kualitatif. Model daripada data magnet lebih menunjukkan keluasan kawasan rejahan, manakala model graviti lebih kepada lokasi rejahan individu dan penentuan zon metamorfisme sentuh. Pentafsiran keseluruhan kajian ini adalah dengan penggabungan rekod-rekod data geologi dan geofizik terdahulu.