Amalan Pendidikan Salafus Soleh Terhadap Pembentukan Akhlak Al Karimah Dalam Kalangan Pelajar Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan - Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan amalan dari kurikulum pendidikan salafus soleh, proses pembelanjaran pendidikan salafus soleh dan menentukan sama ada terdapat keteladanan dari kiyai/ guru/ ustaz terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar Pesantren Salafiyah Raudlat...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Marfin, Bukhori Fasha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/51835/1/BUKHORI%20FASHA%20MARFIN%20-%20TESIS.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan amalan dari kurikulum pendidikan salafus soleh, proses pembelanjaran pendidikan salafus soleh dan menentukan sama ada terdapat keteladanan dari kiyai/ guru/ ustaz terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Pendidikan salafus soleh perlu diketengahkan supaya dapat mengisi kekosongan akal manusia, pengabaian emosi serta rohani manusia melalui contoh tauladan manusia agung iaitu nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Kajian ini dilakukan bagi mencapai tiga objektif utama iaitu pertama, mengenal pasti amalan dari kurikulum pendidikan salafus soleh terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar di Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Medan Indonesia. Keduanya, mengenal pasti proses pembelajaran pendidikan salafus soleh terhadap pembentukan akhlak al-karimah dalam kalangan pelajar di Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Ketiga, menentukan sama ada terdapat keteladanan dari kiyai/guru/ustaz terhadap pembentukan akhlak al- karimah dalam kalangan pelajar di Pesantren Salafiyah Raudlatul ‘Uluum Aek Nabara Medan Indonesia. Untuk mencapai objektif tersebut, pengkaji menyusun metodologi kajian melalui reka bentuk kajian, metode pengumpulan data dan metode analisis data. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berbentuk deskriptif yang menggabungkan kedua-dua bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah campuran (mixed methods research).