Summary: | Perbankan Islam di Malaysia menawarkan pembiayaan perumahan Islam melalui kontrak tawarruq munazzam, bay’ bithaman ‘ajil (BBA), musharakah mutanaqisah (MM), ijarah muntahiyyah bi al-tamlik (IMBT) dan ijarah mausufah fi al-dhimmah (IMFD). Kontrak-kontrak tersebut dibentuk melalui gabungan (hibrid) akad-akad muamalat Islam yang bersifat tunggal seperti ijarah dan al-bay’ kerana ingin disesuaikan dengan sistem perbankan moden. Walau bagaimanapun, sebilangan produk tersebut didakwa sebagai tidak selari dengan kehendak syarak. Sedangkan dalam masa yang sama, bank-bank yang berkaitan mendakwa produk mereka adalah selari dengan kehendak syarak oleh para penasihat Syariah bank masing-masing.
|