Sistem Hipermedia Adaptif Pembelajaran Berdasarkan Gaya Pembelajaran Dan Prestasi Pelajar

Sistem Hipermedia Adaptif Pembelajaran (SHAP) merupakan salah satu cabang sistem adaptif hipermedia dan sistem tutoran pintar. Ciri utama sistem ini ialah ia dapat menyesuaikan fungsi-fungsinya terhadap keperluan pengguna. Bagi pembangunan kajian sistem bagi tesis ini, kajian yang dilakukan membo...

Olles dieđut

Bibliográfalaš dieđut
Váldodahkki: Ishak, Zurida
Materiálatiipa: Oahppočájánas
Giella:English
Almmustuhtton: 2007
Fáttát:
Liŋkkat:http://eprints.usm.my/56787/1/00001675475%20Zurida%20Binti%20Ishak.pdf
Govvádus
Čoahkkáigeassu:Sistem Hipermedia Adaptif Pembelajaran (SHAP) merupakan salah satu cabang sistem adaptif hipermedia dan sistem tutoran pintar. Ciri utama sistem ini ialah ia dapat menyesuaikan fungsi-fungsinya terhadap keperluan pengguna. Bagi pembangunan kajian sistem bagi tesis ini, kajian yang dilakukan membolehkan sistem membuat penyesuaian kandungan dan pautan terhadap dua ciri pelajar iaitu gaya pembelajaran dan tahap prestasi atau pengetahuan mereka. Bagi memastikan sistem ini adaptif terhadap dua ciri pelajar ini, reka bentuk dan pembangunan bagi tiga buah model telah dilaksanakan iaitu Model Pelajar, Model Domain dan Model Adaptif. Model Pelajar bertujuan untuk menyimpan dan mengemaskinikan maklumat pelajar. Maklumat ini akan digunakan oleh Model Adaptif bagi menyediakan kandungan yang bersesuaian dengan pelajar tersebut. Manakala Model Domain pula merupakan tempat simpanan fragmen bagi konsep. serta soalansoalan. Berdasarkan maklumat daripada Model Pelajar, Model Adaptif akan memilih kandungan yang bersesuaian dari Model Domain. Bagi melaksanakan fungsi bagi setiap model tersebut, teknik berasaskanperaturan (ru/e-based) digunakan supaya Model Adaptif dapat memilih kandungan yang paling sesuai dengan maklumat yang disediakan oleh Model Pelajar. Teknik ini juga digunakan untuk mengemaskinikan maklumat pelajar pada Model Pelajar. Kemudian, proses penyesuaian kandungan kepada pelajar akan menggunakan teknik adaptif penyampaian dan juga jujukan kurikulum. Bagi memastikan pelajar belajar mengikut tahap pengetahuan mereka, teknik sokongan pautan adaptif akan dilaksanakan.