Summary: | Tuangan Gel merupakan satu tenik pembentukan seramik terbaru yang masih lagi
tidak meluas penggunaannya. Tuangan Gel adalah suatu proses melibatkan pencampuran
antara larutan monomer organik dengan sluri serbuk seramik dan kemudian dituang ke
dalam acuan. Di dalam proses ini campuran monomer terpolimer secara in-situ untuk
membentuk jasad gel yang akan mengikat teguh partikel-partikel serbuk seramik. Dalam
kajian ini, saiz partikel dan tempoh pengadukan akan memberi kesan kepada sifat-sifat
fizikal sesebuah krusibel Alumina. Krusibel Alumina telah dijalankan dengan
menggunakan 5 jenis Alumina yang setiap satunya mempunyai saiz partikel yang
berlainan dan salah satu daripadanya yang mempunyai ciri-ciri terbaik dikaji dengan
tempoh pengadukan yang berbeza. 5 jenis alumina dengan pelbagai saiz dikaji iaitu
Alumina Metco 105SFP, Alumina 001306, Alumina Metkon bersaiz 0.05 μm, Alumina
Metkon bersaiz 0.3 μm dan Alumina Metkon bersaiz 1.0 μm. Set-set sluri disediakan
untuk setiap saiz serbuk alumina berdasarkan peratusan kandungan pepejal. Segala
pemerhatian diteliti semasa penyediaan spesimen. Setelah pensinteran dilakukan, ujian-ujian pencirian seperti pengecutan linear, ujian ketelapan, ujian ketumpatan dan kajian
mikrostruktur dilakukan ke atas spesimen. Keputusan kajian ini mendapati bahawa saiz
serbuk alumina yang optimum adalah Alumina Metco 105SFP dan peratus kandungan
pepejal optimum bagi serbuk ini ialah 50%. Teknik Tuangan Gel ini juga berupaya
menghasilkan bentuk jasad yang kompleks yang padat dan kuat tanpa runtuhan. Kesan
saiz partikel dan tempoh pengadukan telah dikenalpasti, termasuk parameter yang
memberi kesan kepada sifat-sifat fizikal ke atas mikrostruktur jasad krusibel. Muatan
pepejal yang optimum bagi setiap jenis alumina adalah, Alumina Metco 105SFP-50, 001306-30, Metkon 1.0μm-38, Metkon 0.3μm-39 dan Metkon 0.05μm-15% isipadu.
Kandungan monomer (AM) yang ditambah kepada sluri adalah sebanyak 20% berat dan
MBAM adalah sebanyak 2% berat. Kesan kepada bahan mula, terutamanya saiz partikel
telah dianalisis berdasrkan analisis mikrostruktur dan Ujian Ketumpatan. Dan untuk
kesan tempoh pengadukan telah dianalisis dengan kajian mikrostruktur. Ia melihat
kepada saiz dan liang-liang pada jasad anum adalah berkurang dengan mengurangkan
saiz partikel. Tempoh pengadukan yang optimum berdasarkan kajian mikrostruktur
adalah selama 8 jam.
|