Summary: | Pengkuarian melibatkan pelbagai aktiviti yang memerlukan perhatian terhadap
keselamatan dan kesihatan sama ada yang melibatkan majikan dan pekerja mahupun
orang lain yang berada di kuari tersebut serta orang awam. Matlamat projek ini dijalankan
ialah untuk mengkaji tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang amnya berlaku
di sebuah kuari.
Perkara-perkara lain yang dikaji adalah berkaitan dengan punca, kesan,
pengawasan serta langkah pencegahan dan pengawalan sesuatu kemalangan dan
penyakit yang biasa berlaku di kuari.
Desertasi ini merumuskan tentang kajian yang dibuat berkaitan dengan kes-kes
yang melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kuari. Antara perkara penting
yang dibincangkan ialah langkah-langkah keselamatan dan pengendalian bahan letupan
dan peletupan, pengangkutan batuan ke loji, pengawalan batuan terbang, pengawasan
debu, bunyi bising dan sebagainya.
|