Summary: | Kajian ke atas kesan pengawetan terhadap konkrit berpolimer dijalankan untuk
membandingkan sifat-sifat kejuruteraan di dalam ujian mampatan, ujian lenturan, ujian
penyerapan air dan keliangan, ujian tukul menganjal, ujian halaju denyutan ultrabunyi
dan ujian penentuan ketumpatan di dalam dua keadaan iaitu konkrit berpolimer yang
diawet dalam air dan konkrit berpolimer yang didedahkan kepada udara. Dalam kajian
ini, polimer lateks digunakan sebagai agen pengisi dalam campuran konkrit iaitu
sebanyak 20% daripada berat simen. Keputusan terhadap kajian yang dibuat
menunjukkan bahawa pengawetan mempunyai kesan penting di dalam sifat-sifat
kejuruteraan dan sifat-sifat ketahanan contohnya penyerapan air.
|