Summary: | Kesan penggunaan Jermang Relau Bagas (GGBS) terhadap kekuatan mampatan,
keliangan dan kebolehtelapan konkrit telah dikaji. GGBS digunakan dengan cara
penggantian terus terhadap simen melalui kaedah jisim ke jisim pada tahap penggantian
tertentu. Empat campuran konkrit pada tahap penggantian GGBS sebanyak 0%, 20%,
50% dan 70% disediakan. Nisbah air/pengikat yang malar untuk setiap campuran konkrit
digunakan bagi mengasingkan kesan tahap penggantian GGBS. Keputusan kajian secara
amnya menunjukkan kesan penggunaan GGBS mengurangkan kekuatan awal konkrit
dengan lebih tinggi tahap penggantian lebih tinggi pengurangan berlaku. Sebaliknya,
kekuatan jangka panjang konkrit meningkat dengan penambahan GGBS. Keputusan juga
menunjukkan bahawa penambahan GGBS meningkatkan keliangan dan kebolehtelapan
jangka pendek konkrit, tetapi mengurangkan keliangan dan kebolehtelapan jangka
panjang konkrit. Oleh itu, kesan penggunaan GGBS berpotensi untuk meningkatkan
kekuatan dan ketahanlasakan konkrit.
|