Summary: | Masalah kecacatan adalah lazim pada sesuatu pembinaan rumah, tidak kira rumah kos rendah mahupun bangunan mencakar langit, dan banyak berlaku sejak kebelakangan ini,
dan kajian hendaklah dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku ini.Secara
tidak langsung, tindakan susulan iaitu cara dan pengatasian kepada masalah kecacatan
telah dapat dipraktikkan.Tesis ini merupakan satu kajian kes mengenai kecacatan keatas
rumah kos rendah. Tajuk sebenar tesis ini adalah Pengurusan Kecacatan keatas Bangunan
Kediaman Rumah Kos Rendah dan Kesannya Kepada Penduduk di daerah Seberang
Perai Selatan. Buku-buku teks dan halaman web menjadi rujukan utama untuk tajuk tesis
ini. Tesis ini akan mendalami mengenai kecacatan keatas sebuah rumah kos rendah di
daerah terbabit dan menganalisa kesan kecacatan keatas penghuninya. Daerah yang
menjadi sasaran adalah Seberang Perai Selatan. Tajuk utama tesis ini adalah
perbincangan mengenai konsep sesebuah rumah kos rendah, yang tertakluk dari
spesifikasi sehingga kepada polisi kerajaan mengenai pembinaannya.Selain itu, tesis ini
juga menerangkan perihal kecacatan lazim keatas sesebuah perumahan kos rendah, kesan
dan impak kepada penghuni, serta perkara yang berkaitan dengan kelulusan sijil
kependudukan (CF). Hasil dari kajian ini adalah cara menangani masalah kecacatan
perumahan kos rendah dapat dikenalpasti dan dipraktikkan dari semasa ke semasa,
disamping mengenalpasti kesan emosi kepada penghuni akibat dari kecacatan tersebut.
Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi landasan kepada mencapai kecacatan sifar (zero
defect) pada masa hadapan.
|