Rekabentuk Bangunan Pejabat Dua Tingkat Dengan Menggunakan Staad-iii Dan Secara Manual

Penggunaan rekabentuk struktur konkrit telah digunakan secara meluas. Malah rekabentuk yang dihasilkan meningkat dari semasa ke semasa dengan terciptanya pelbagai perisian komputer. Oleh itu dalam kajian yang dijalankan ini semua elemen struktur bangunan yang direkabentuk merupakan struktur ko...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Arshad, Mohd Rashwan
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57427/1/Rekabentuk%20Bangunan%20Pejabat%20Dua%20Tingkat%20Dengan%20Menggunakan%20Staad-iii%20Dan%20Secara%20Manual_Mohd%20Rashwan%20Arshad.pdf
Description
Summary:Penggunaan rekabentuk struktur konkrit telah digunakan secara meluas. Malah rekabentuk yang dihasilkan meningkat dari semasa ke semasa dengan terciptanya pelbagai perisian komputer. Oleh itu dalam kajian yang dijalankan ini semua elemen struktur bangunan yang direkabentuk merupakan struktur konkrit bertetulang yang direkabentuk berdasarkan keadaan had muktamad merujuk kepada BS 8110 : Bahagian 1 : 1997. Dalam projek ini, kajian tertumpu kepada rekabentuk bangunan konkrit pejabat dua tingkat dengan menggunakan perisian STAAD – III dan juga secara manual. Keputusan yang diperolehi berdasarkan perisian STAAD – III dan manual dibandingkan secara relatif berdasarkan nilai daya ricih dan momen lentur pada penyokong dan pertengahan rentang, jumlah luas keratan rentas serta saiz tetulang yang dibekalkan kepada anggota struktur. Berdasarkan output daripada perisian STAAD – III, penentuan kos dilakukan terhadap struktur utama bangunan. Laporan ini juga membincangkan langkah-langkah serta kaedah pemodelan struktur yang digunakan dalam perisian STAAD – III serta kelebihan dan kelemahannya sebagai perisian untuk analisis dan juga rekabentuk struktur. Berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa purata peratus perbezaan momen dan daya ricih bagi kedua-dua kaedah yang digunakan iaitu STAAD – III dan rekabentuk secara manual adalah tidak melebihi 35%. Perbandingan di antara purata luas keratan rentas tetulang utama juga tidak menunjukkan julat perbezaan yang begitu besar iaitu kurang daripada 20%. Keputusan daripada beberapa kes yang dijalankan menunjukkan keberkesanan serta keupayaan STAAD – III sebagai perisian untuk analisis dan merekabentuk struktur.