Pengaruh Bahan Tambah Metakaolin Sebagai Bahan Pengganti Dalam Peresapan Ion Klorida Dalam Mortar

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar keofisen peresapan ion klorida yang melalui mortar. Faktor utama yang ingin dikaji adalah kesan penambahan metakaolin dengan komposisi yang berbeza keatas peresapan ion klorida dalam mortar. 4 sampel yang dijalankan ujikaji dimana satu sampel tidak...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zain, Mohd Norhanizan
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57575/1/Pengaruh%20Bahan%20Tambah%20Metakaolin%20Sebagai%20Bahan%20Pengganti%20Dalam%20Peresapan%20Ion%20Klorida%20Dalam%20Mortar_Mohd%20Norhanizan%20Mohd%20Zain.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar keofisen peresapan ion klorida yang melalui mortar. Faktor utama yang ingin dikaji adalah kesan penambahan metakaolin dengan komposisi yang berbeza keatas peresapan ion klorida dalam mortar. 4 sampel yang dijalankan ujikaji dimana satu sampel tidak ditambah dengan metakakaolin dan tiga sampel lagi ditambah dengan komposisi berbeza iaitu 12.5%, 20% dan 27.5%. kaedah yang digunakan adalah kaedah yang dipercepatkan dengan menggunakan medan elektrik. Kaedah ini lebih praktikal kerana masa yang digunakan ada singkat jika dibandingkan dengan kaedah perendaman. Sebahagian daripada ion klorida yang melalui mortar diserap oleh gel yang dihasilkan dari proses penghidratan mortar. Proses pengikatan klorida ini akan mempengaruhi laju peresapan ion klorida kedalam lapisan mortar dan ini akan memyebabkan penurunan keofisen peresapan efektifnya. Dalam kajian ini, nisbah air : simen telah ditetapkan iaitu 0.55 dan nisbah simen : aggregate adalah 1 : 2. Ini untuk mengelakkan faktor-faktor yang lain akan mempengaruhi kadar peresapan yang akan diperolehi. Terdapat dua ujian lain yang dijalankan bersama-sama dengan ujian peresapan ion ini iaitu ujian kekuatan mampatan dan ujian ketumpatan. Diketahui bahawa dengan penambahan metakaolin akan mengurangkan kadar keofisen peresapan ion klorida dari 6.29 x 10-8 kepada 2.41 x 10-8 untuk Nerns-Plank dan dari 12.2 x 10-8 kepada 4.42 x 10-8 untuk Einstein. Pengurangan ini adalah untuk komposisi yang tidak ditambah metakaolin dengan sampel yang ditambah dengan 27.5% metakaolin.