Summary: | Sistem ini dibina untuk mencapai objektif pertama projek iaitu membina Sistem
Perolehan Data Mudah-alih yang mampu mencerap dan merekod sebarang data luaran
dalam bentuk voltan analog bagi tempoh masa tertentu sama ada dalam tempoh beberapa
saat atau beberapa jam, di mana data tersebut boleh terdiri daripada pelbagai jenis data
seperti contoh yang disebutkan sebelum ini. Nilai voltan yang boleh dicerap adalah
berada dalam julat nilai 0 Volt hingga 5 Volt.
Objektif kedua ialah sistem ini dibina bertujuan untuk mencerap dan menyimpan
data bagi suhu persekitaran, arah kedudukan, sudut sendeng bagi sebuah robot kawalan
dalam air, tarikh dan waktu data dicerap. Data-data ini digunakan bagi menunjukkan
contoh aplikasi Sistem Perolehan Data Mudah-alih ini.
Objektif ketiga ialah memaparkan data cerapan semasa kepada pengguna dengan
menggunakan Paparan Hablur Cecair (LCD) dan memaparkan data cerapan yang
disimpan dalam peranti ingatan (EEPROM) secara komunikasi sesiri kepada komputer.
|