Summary: | Jam penggera digit sudah wujud sekian lama dalam pasaran, tetapi kebanyakan
produk yang ada terdapat banyak kelemahan. Contohnya, kebanyakan jam penggera tidak
mempunyai fungsi yang menunjukkan hari minggu (Ahad hingga Sabtu) dan hanya boleh
menyimpan satu masa penggera.
Tujuan projek ini ialah untuk mencadangkan satu penyelesaian kepada kelemahan
jam penggera digital. Projek ini membincangkan tentang perekaan jam penggera digit yang
berkos rendah dengan menggunakan mikro pengawal yang popular iaitu PIC16F84A dari
Microchip.
Jam penggera digit yang direka boleh menunjukkan hari minggu iaitu dari Ahad ke
Isnin dan ia boleh menyimpan lapan masa penggera. Setiap masa penggera boleh disetkan
supaya bergera setiap hari, hanya hari bekerja atuapun pada hari yang spesifik sahaja
mengikut kekendak pengguna. Kesemua lapan masa penggera disimpan pada EEPROM
mikro pengawal PIC. Jadi, pengguna tidak perlu bimbang akan kehilangan masa pengera
yang telah diset walaupun kuasa putus.
Seperti jam penggera lain yang bagus, jam penggera yang direka mempunyai
persediaan bateri untuk kegunaan semasa kuasa AC gagal supaya jam penggera akan terus
berfungsi. Dan penggunana penganyun kristal 4-MHz untuk memastikan masa jam adalah
tepat.
|