Meter Kuasa Maya

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan penggunaan perisian Meter Kuasa. Perisian ini amat berguna bagi memantau dan membuat pemerhatian terhadap penggunaan tenaga elektrik bagi sesuatu beban. Disamping itu sistem bil penggunaan tenaga elektrik turut dibangunkan . Sistem perisian ini dis...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Elias, Mohd Rizwan
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Sains Malaysia 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/57792/1/Meter%20Kuasa%20Maya_Mohd%20Rizwan%20Elias.pdf
Description
Summary:Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan penggunaan perisian Meter Kuasa. Perisian ini amat berguna bagi memantau dan membuat pemerhatian terhadap penggunaan tenaga elektrik bagi sesuatu beban. Disamping itu sistem bil penggunaan tenaga elektrik turut dibangunkan . Sistem perisian ini disambungkan secara pangkalan sesiri (serial port) dengan penyambung DB-9 RS232 seterusnya papan mikropengawal (microcontroller) PIC16F877 yang dijadikan papan perantaraan di antara penyambung DB-9 RS232 dengan litar pengukuran dan beban yang hendak diuji. Antaramuka perisian akan membuka pangkalan sesiri dengan menghantar arahan buka pangkalan untuk membolehkan komunikasi dengan mikropengawal PIC16F877. Penghantaran dan penerimaan data di antara antaramuka perisian dengan mikropengawal adalah secara dua hala melalui pangkalan sesiri berbantukan penerima-penghantar segerak sejagat (Universal Synchronous ASynchronous Receiver Transmitter, USART). Data adalah dalam bentuk berformat ASCII dan disimpan bagi setiap 1 jam bagi tujuan pengawasan dan rujukan. Antaramuka Microsoft Visual Basic 6.0 digunakan adalah berasaskan maklumat pangkalan data (database) yang dapat menyimpan maklumat bacaan masukan dan keluaran bagi parameter-parameter elektrik tertentu dari beban serta merekod maklumat pengguna disamping mengira penggunaan kos tenaga elektrik. Sistem bil manual dan perekodan data pengguna turut dibangunkan dan menepati piawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).