Summary: | Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu litar elektronik balast bagi kegunaan lampu
nyahcas. Balast ini melibatkan penukar dari sumber voltan AC ke voltan DC. Voltan DC
ini pula akan disongsangkan kepada gelombang sinusoidal voltan AC dengan frekuensi
tinggi dan seterusnya dihantar ke lampu. Sebelum penukaran voltan AC ke DC, penapis
EMI diletakkan supaya dapat mengurangkan kesan elektromagnetik. Dalam projek ini juga
mengunakan pensuisan PWM untuk memicu IGBT yang terdapat dalam litar penyongsang.
Terdapat perlindungan dan sistem kawalan untuk melindungi litar dari voltan lampau dan
keadaan tidak normal. Kelebihan projek ini adalah untuk memanjangkan hayat lampu dan
meningkatkan kualiti cahaya. Perlaksanaan projek ini dimulakan dengan memahami teori
dan konsep asas sistem lampu dan balast. Dengan ini ianya dapat memberi gambaran yang
jelas mengenai litar yang dibina. Rekabentuk litar secara simulasi juga dilakukan dengan
menggunakan perisian PSIM. Pemilihan komponen yang sesuai juga dapat ditentukan.
Ujikaji makmal dilakukan keatas ketiga-tiga litar tersebut iaitu penapis EMI, litar penerus
gelombang penuh, litar penyongsang separuh termasuk juga litar pensuisan PWM.
Terdaapt dua peringkat ujikaji iaitu bahagian demi bahagian dan perlaksanaan keseluruhan.
Keputusan makmal dipaparkan melalui gambaran pada alat osiloskop dan juga alat
pengukuran voltan. Pengiraan juga dilakukan berdasarkan keluaran yang terhasil bagi
membezakan keputusan makmal dan teori. Hanya dua litar sahaja yang dapat memberikan
keputusan seperti di dalam simulasi. Ini berpunca daripada salah satu litar yang tidak
berfungsi seperti yang diharapkan. Ini memberi kesan kepada ujian peringkat kedua iaitu
perlaksanaan keseluruhan dan masih dalam proses pembaikkan.
|