Summary: | Projek ini adalah untuk merekabentuk satu pengayun dielektrik bersalun
beroperasi pada frekuensi 10 GHz. Bagi menghasilkan pengayun ini, satu
penyalun dielektrik disambungkan kepada satu penguat untuk menghasilkan satu
gelung suap-balik positif. Dalam mereka bentuk litar pengayun ini, satu litar
pengayun dibangunkan dan telah diuji untyk mengenalpasti samada litar itu
berayun atau tidak.
Litar penguat telah direkabentuk dan nilai gandaan ( Gain ) telah
disetkan melebihi sifar untuk mengenalpasti litar mengeluarkan hasil yang
diinginkan.
Kedua -dua litar ini digabungkan bagi penghasilan suatu pengayun. Litar
ini diuji sekali lagi bagi memastikan nilai gandaan ( Gain ) yang diperolehi
memenuhi spesifikasi yang dikehendaki
Dalam mereka bentuk bentangan litar , dua papan litar telah dibina untuk
menguji ‘puck’ yang digunakan. Papan litar pertama hanya menggunakan
fabrikasi satu dan papan litar kedua menggunakan fabrikasi dua jalur . Papan
litar ini disambung dengan ‘Network Analyser’ bagi mentafsirkan tindakbalas
frekuensi yang dikeluarkan oleh ‘puck’ itu.
|