Keberkesanan Hukuman Mati Terhadap Pengedaran Dadah: Satu Kajian Persepsi Agensi Penguatkuasa Di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pegawai penguatkuasa undang-undang terhadap tahap pengedaran dadah dan keberkesanan hukuman mati terhadap kesalahan pengedaran dadah di Malaysia memandangkan pengedaran dadah masih berleluasa walaupun terdapat hukuman mati sebagai aspek pencegaha...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/59139/1/24%20Pages%20from%20BALASUBRAMANIAM%20AL%20RAJOO%20%40%20BALUSAMY%20-%20TESIS.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pegawai penguatkuasa
undang-undang terhadap tahap pengedaran dadah dan keberkesanan hukuman mati
terhadap kesalahan pengedaran dadah di Malaysia memandangkan pengedaran dadah
masih berleluasa walaupun terdapat hukuman mati sebagai aspek pencegahan.
Statistik daripada Polis Diraja Malaysia dengan jelas menunjukkan bahawa tahap
pengedaran dadah semakin meningkat setiap tahun dengan tangkapan dan rampasan
dadah. Namun demikian tiada penyelesaian yang ketara dapat dilihat secara positif.
Objektif kajian ialah untuk menilai dan menganalisis tahap pengedaran dadah dan
keberkesanan hukuman mati terhadap kesalahan pengedaran dadah di Malaysia serta
menyimpulkan pengaruh hukuman mati ke atas tahap pengedaran dadah di Malaysia. |
---|