Summary: | Kajian ini bermatlamat untuk mengetahui hubungkait antara ilmu pengetahuan, atitud dan
praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Salah satu aspek
penting dalam pengurusan dan pemulihan pesakit strok ialah sokongan daripada keluarga.
Kajian literatur barat menunjukkan kebanyakan keluarga mempunyai anggapan yang salah
atau tidak tepat mengenai penyakit strok dan secara langsung mempunyai impak yang
negatif terhadap proses pemulihan dan terapi pesakit. Dengan adanya pengetahuan
mengenai strok, hal ini akan mempengaruhi atitud dan praktis keluarga terhadap
komunikasi dan integrasi sosial pesakit serta membantu pemulihan rehabilitasi pesakit.
Malangnya, sehingga kini maklumat mengenai kecelekan ilmu pengetahuan, atitud dan
praktis keluarga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok masih kabur. Keadaan
ini menjadi justifikasi kajian dilakukan. Reka bentuk kajian ini adalah kajian rentas (crosssectional
study). Responden dipilih berdasarkan kelayakan kriteria yang telah ditetapkan.
Kajian dijalankan dalam bentuk soal selidik. Data dikumpulkan di Hospital Universiti
Sains Malaysia. Kaedah analisis data adalah statistik deskriptif dan ordinal regression.
Keputusan menunjukkan tahap ilmu pengetahuan ahli keluarga berkaitan strok, atitud dan
praktis ahli keluarga terhadap pesakit strok pada tahap yang baik. Namun begitu, dapatan
kajian menunjukkan tiada hubungkait antara ilmu pengetahuan, atitud dan praktis ahli
keluarga atau penjaga dalam komunikasi dan integrasi sosial pesakit strok. Perbincangan
meninjau dapatan kajian dalam konteks Malaysia.
|