Faktor mempengaruhi keputusan pembelian harta tanah kediaman yang dimajukan oleh pemaju perumahan yang berprestasi : Iskandar Puteri, Johor
Reputasi pemaju yang baik mampu memberikan keyakinan kepada pembeli kediaman dan memberikan kesan positif ke atas harta tanah yang dijual. Akan tetapi, apabila pembangunan pesat berlaku, terdapat pemaju perumahan yang mengabaikan elemen pada reputasi mereka dan mengambil mudah kualiti perumahan ya...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1121/1/24p%20NUR%20SUHAIBAH%20SUPIAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1121/2/NUR%20SUHAIBAH%20SUPIAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1121/3/NUR%20SUHAIBAH%20SUPIAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Reputasi pemaju yang baik mampu memberikan keyakinan kepada pembeli
kediaman dan memberikan kesan positif ke atas harta tanah yang dijual. Akan tetapi, apabila pembangunan pesat berlaku, terdapat pemaju perumahan yang mengabaikan
elemen pada reputasi mereka dan mengambil mudah kualiti perumahan yang
dihasilkan. Malah, produk perumahan juga mengalami banyak kecacatan. Tambahan
pula, strategi promosi dalam pemasaran yang digunakan oleh pemaju kurang
berkesan menyebabkan pembeli ragu-ragu untuk memilih jenama mereka. Oleh yang
demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor keputusan
pembelian harta tanah kediaman yang dimajukan oleh pemaju yang berprestasi dan
mengkaji strategi promosi yang digunapakai oleh pemaju dalam meningkatkan
penjenamaan syarikat. Iskandar Malaysia di Johor yang pesat membangun telah
dikenalpasti sebagai kawasan kajian dengan mengambil kira kelebihan yang ada
padanya berbanding negeri lain. Selain itu, sampel direka bentuk bagi
menggambarkan keadaan sebenar populasi sasaran yang telah dikenalpasti. Seramai
400 responden di Iskandar Malaysia yang mewakili saiz sampel dan teknik
pensampelan diaplikasikan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah
melalui pengedaran borang soal selidik dan temu bual. Maklum balas hasil soal
selidik dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif. Temu bual
dijalankan ke atas tiga orang pemaju perumahan di Iskandar Malaysia, Johor. Hasil
kajian menunjukkan bahawa faktor fizikal yang terdiri dari lokasi, reka bentuk dan
kemudahan asas merupakan faktor pemilikan kediaman yang mempengaruhi
keputusan pembeli dalam pemilihan rumah. Selain itu, melalui jualan langsung, publisiti dan pengiklanan serta aplikasi teknologi pemasaran hartanah merupakan
strategi promosi yang dapat menarik minat pembeli dalam penjualan kediaman. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat membantu pemaju untuk menaik taraf
mutu jenama dan reputasi mereka sejajar dengan jenama pemaju yang berprestij
dalam industri harta tanah kediaman. |
---|