Penentuan faktor permintaan perumahan di Temerloh Pahang

Matlamat utama dasar perumahan negara adalah untuk menyediakan kemudahan rumah mampu milik kepada pembeli dari pelbagai latar belakang dan tahap pendapatan. Namun begitu, isu utama ialah ketidakpadanan keperluan dan permintaan perumahan. Selain itu, tiada model pengukuran khusus untuk mengukur fakto...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azman, Nurul Firzana, Kasim, Rozilah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/12111/1/P16905_d4040ecaa439397eee4fd2a6fedddc4a.pdf%209.pdf
Description
Summary:Matlamat utama dasar perumahan negara adalah untuk menyediakan kemudahan rumah mampu milik kepada pembeli dari pelbagai latar belakang dan tahap pendapatan. Namun begitu, isu utama ialah ketidakpadanan keperluan dan permintaan perumahan. Selain itu, tiada model pengukuran khusus untuk mengukur faktor yang mempengaruhi permintaan perumahan. Oleh itu, kajian ini mengukur faktor yang mempengaruhi permintaan perumahan dan menentukan faktor yang paling signifikan mempengaruhi permintaan perumahan oleh pembeli. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui pengedaran borang soal selidik kepada bakal pembeli dan penyewa daripada golongan berpendapatan B40 di Mukim Perak, Temerloh Pahang. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan faktor dan faktor yang paling signifikan mempengaruhi permintaan perumahan di kawasan kajian. Hasilnya akan menjadi rujukan kepada pemaju, pembeli, penyewa dan penyelidik masa depan