Konstruk amalan pengurusan risiko sukan ke arah penghasilan kerangka konsep APRS jurulatih sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia
Pengurusan risiko sukan bertujuan untuk mengawal, mengelak dan meminimumkan risiko kemalangan dan kecederaan sukan melalui satu kerangka pengurusan risiko yang standard. Namun, institusi pendidikan di Malaysia tiada kerangka amalan pengurusan risiko sukan (APRS) yang standard untuk diguna pakai o...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1570/2/FATIMAH%20MUSTAFFA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1570/1/24p%20FATIMAH%20MUSTAFFA.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1570/3/FATIMAH%20MUSTAFFA%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pengurusan risiko sukan bertujuan untuk mengawal, mengelak dan meminimumkan
risiko kemalangan dan kecederaan sukan melalui satu kerangka pengurusan risiko
yang standard. Namun, institusi pendidikan di Malaysia tiada kerangka amalan
pengurusan risiko sukan (APRS) yang standard untuk diguna pakai oleh guru,
pensyarah dan pentadbir sukan bagi mewujudkan sifar risiko dalam sukan, selain
untuk meningkatkan pelibatan masyarakat dalam sukan. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti dan membentuk konstruk APRS jurulatih IPG bagi menghasilkan
kerangka APRS. Seterusnya, kajian ini juga mengesan sumbangan faktor kompetensi
dalam mempengaruhi APRS yang dilaksanakan oleh jurulatih sukan. Di samping itu,
kajian ini juga berusaha untuk menguji dan mengesahkan secara empirikal model
APRS. Kajian ini melibatkan sampel seramai 39 jurulatih dan 120 atlet dari Institut
Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Kesemua konstruk dan item APRS mempunyai
indeks kebolehpercayaan Cohen Kappa antara 0.75 hingga 0.87, nilai
kebolehpercayaan alpha cronbach dan kebolehpercayaan individu ialah 0.99, dan
nilai kebolehpercayaan item ialah 0.75. Analisis utama kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif yang disokong secara kualitatif melalui analisis dokumen serta
temu bual pakar. Data kajian telah dianalisis bagi menentukan konstruk APRS,
konstruk APRS yang dominan berdasarkan atlet dan jurulatih; Differential Item
Functioning (DIF) antara jurulatih dengan atlet, dan antara IPG; Sumbangan
kompetensi terhadap APRS; APRS dibina memenuhi kriteria analisis komponen
utama dan bersifat unidimensi. Hasil analisis mendapati konstruk APRS yang
dominan ialah pengenalpastian, penilaian, pemilihan operasi dan pelaksanaan.
Analisis DIF menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jurulatih
dengan atlet, berdasarkan IPG. Analisis juga menunjukkan faktor kompetensi yang
menyumbang terhadap APRS ialah pengetahuan dan kemahiran. Ini membuktikan
bahawa pengetahuan dan kemahiran ialah faktor jurulatih kompeten terhadap APRS.
Konstruk APRS yang dibina bersifat unidimensi dan disahkan memenuhi kriteria
analisis komponen utama. |
---|