Keperluan program persediaan penempatan guru teknikal di kawasan pedalaman
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 dilaksanakan bagi mengurangkan jurang dan kekurangan dalam pendidikan agar pendidikan yang berkualiti di Malaysia dapat dicapai. Selain itu, matlamat untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran juga merupakan salah satu matlamat yang ingin d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1597/1/24p%20NAZIRAH%20SUPIAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1597/2/NAZIRAN%20SUPIAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1597/3/NAZIRAN%20SUPIAN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013-2025 dilaksanakan bagi
mengurangkan jurang dan kekurangan dalam pendidikan agar pendidikan yang
berkualiti di Malaysia dapat dicapai. Selain itu, matlamat untuk melahirkan tenaga kerja
yang berkemahiran juga merupakan salah satu matlamat yang ingin dicapai oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, keupayaan dan kesediaan para guru
diambilkira bagi merealisasikan matlamat penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia.
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keperluan program persediaan penempatan guru
teknikal di kawasan pedalaman. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif
berbentuk tinjauan. Data diperolehi melalui borang soal selidik yang dijawab oleh
pelajar semester akhir sarjana muda dan pelajar sarjana Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Data mentah dianalisis dalam
berbentuk deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan pelajar terhadap
penerimaan penempatan di kawasan pedalaman adalah tinggi. Namun, mereka masih
memerlukan pengaruh luaran bagi meningkatkan lagi tahap kesediaan penerimaan
penempatan di kawasan pedalaman. Analisis perbezaan antara pelajar sarjana muda dan
pelajar sarjana menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (nilat t= 1.22 dan nilai p >
0.05) terhadap tahap kesediaan penerimaan penempatan di kawasan pedalaman. Antara
isi program yang diperlukan ialah pengalaman awal beraktiviti, bersosial, penyediaan
bahan pengajaran dan penerokaan di kawasan pedalaman. Malah ia perlu dijalankan
selama lebih dari satu minggu sebelum mereka betul-betul pergi bertugas di kawasan
pedalaman. Walau bagaimanapun, kajian mendapati program persediaan penempatan di
kawasan pedalaman masih diperlukan oleh bakal guru sekiranya mereka mendapat
penempatan di sana. |
---|