Minat pelajar dalam subjek kemahiran hidup bersepadu
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat pelajar pelbagai kaum dalam subjek Kemahiran Hidup di dua buah sekolah menengah harian di daerah Muar. Banyak faktor mampu mempengaruhi minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran kemahiran hidup iaitu pendapatan ibu bapa dan latar belakang pendidika...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1675/1/24p%20SELAMAT%20TAKIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1675/2/SELAMAT%20TAKIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1675/3/SELAMAT%20TAKIM%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji minat pelajar pelbagai kaum dalam subjek
Kemahiran Hidup di dua buah sekolah menengah harian di daerah Muar. Banyak
faktor mampu mempengaruhi minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran
kemahiran hidup iaitu pendapatan ibu bapa dan latar belakang pendidikan ibu bapa.
Kajian ini bertujuan mengkaji perbezaan minat pelajar terhadap subjek kemahiran
hidup antara demografi jantina, kepelbagaian kaum iaitu Melayu, Cina dan India
serta pencapaian pelajar dalam subjek Kemahiran Hidup. Kajian ini merupakan
kajian tinjauan. Seramai 120 responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga
sesi 2013 dipilih secara rawak di dua buah sekolah iaitu SMK Raja Muda dan SMK
Tengku Mahkota, Muar. Data dikumpul melalui soal-selidik dan dianalisis dengan
perisian SPSS melalui kekerapan, ujian statistik ANOVA satu-hala dan ujian Post
Hoc untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar
tidak meminati (skor min=3.67) subjek Kemahiran Hidup. Kajian juga mendapati
tidak terdapat perbezaan minat dikalangan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
Di samping itu terdapat juga persamaan kepelbagaian demografi dan perbezaan
dalam kepelbagaian demografi yang telah dikaji. Hasil Kajian ini diharap dapat
menjadi rujukan kepada pelbagai pihak untuk mempertingkatkan kuantiti pelajar
meminati subjek Kemahiran Hidup dan dapat dijadikan sebagai satu garis panduan
untuk kajian yang seterusnya dimasa akan datang. |
---|