Keyakinan diri pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia terhadap ICT
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang professional dan berkemahiran tinggi. Justeru keyakinan pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran subjek ICT dirasakan meragukan. Oleh itu, kajian in...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1900/1/24p%20FARAHIYAH%20MURNI%20HARUN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1900/2/FARAHIYAH%20MURNI%20HARUN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/1900/3/FARAHIYAH%20MURNI%20HARUN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi merupakan salah satu elemen
penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang
professional dan berkemahiran tinggi. Justeru keyakinan pelajar-pelajar dalam proses
pembelajaran subjek ICT dirasakan meragukan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengenalpasti tahap keyakinan diri pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di
UTHM terhadap ICT. Kajian ini dilakukan ke atas 210 orang pelajar DPLI Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM untuk mengetahui tahap keyakinan diri
mereka terhadap ICT. Analisis dijalankan berdasarkan jantina, umur, bidang
pengkhususan semasa ijazah sarjana muda, bidang pengkhususan semasa DPLI, dan
pencapaian mereka dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Satu set
soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan instrumen kajian α=0.97 telah diedarkan.
Dapatan data analisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu
skor min, Ujian-t, Analisis Varian Satu Hala dan kolerasi spearman dengan
menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Secara keseluruhan, dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap keyakinan pelajar DPLI di UTHM terhadap ICT berada
pada tahap tinggi dengan nilai keseluruhan min=4.23. Terdapat perbezaan tahap
keyakinan diri pelajar terhadap ICT berdasarkan jantina, bidang penghususan semasa
ijazah sarjana muda, bidang pengkhususan semasa DPLI dan pencapaian mereka
dalam kursus Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan. Manakala tidak terdapat
perbezaan tahap keyakinan diri pelajar terhadap ICT berdasarkan umur. Adalah
diharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan
beberapa cadangan telah diusulkan bagi kajian lanjutan bagi meningkatkan kualiti
bakal pendidik pada masa akan datang. |
---|