Shooter’s personal performance application

Shooter’s Personal Performance Application merupakan aplikasi Android yang dikategorikan sebagai aplikasi sukan menembak yang digunakan hanya untuk latihan semata. Objektif utama projek ini adalah untuk memudahkan para atlet menembak, membuat latihan secara peribadi. Semua kemudahan latihan akan dis...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hanip, Muhammad Izzul, Romli, Muhammad Razif, Saifol Bakhrin, Muhammad Haris Imran, Mohd Nasir, Fawwaz
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1956/1/Chapter%2006%20Shooter%E2%80%99s%20Personal%20Performance%20Application.pdf
Description
Summary:Shooter’s Personal Performance Application merupakan aplikasi Android yang dikategorikan sebagai aplikasi sukan menembak yang digunakan hanya untuk latihan semata. Objektif utama projek ini adalah untuk memudahkan para atlet menembak, membuat latihan secara peribadi. Semua kemudahan latihan akan disediakan di dalam satu aplikasi di dalam telefon pintar. Sebelum ini, atlet sukan menembak dilihat menghadapi beberapa masalah dalam membuat latihan secara peribadi di mana mereka sering terlupa untuk merekod prestasi mereka sendiri. Dengan itu, mereka tidak boleh menilai prestasi mereka sebelum-sebelum ini. Atlet juga dilihat menghadapi kesukaran dalam berlatih menggunakan cara manual kerana mereka sering terlepas dengar bunyi ketukan besi oleh jurulatih, sebagai tanda acara sudah bermula. Dengan adanya aplikasi ini, para atlet mampu merekodkan prestasi peribadi mereka. Atlet juga dapat menilai sendiri prestasi mereka dengan mencatat sasaran dan kesilapan yang mereka lakukan semasa latihan. Atlet menembak boleh memilih atau menetapkan timer mengikut kategori yang mereka pilih untuk dijadikan latihan, Selain itu, atlet boleh melihat semula rekod yang dicatat untuk menganalisis prestasi mereka sendiri. Data rekod hanya boleh dilihat oleh diri sendiri sahaja. Untuk membangunkan aplikasi ini, model ADDIE digunakan kerana model ini mudah difahami dan hanya memerlukan lima elemen sahaja untuk diguna pakai. Untuk menguji tahap keberkesanan aplikasi ini, seramai 20 responden telah mencuba sendiri aplikasi yang dibangunkan dan kemudiannya menjawab borang soal selidik secara dalam talian. Hasil menunjukkan lebih separuh daripada responden menyetujui bahawa aplikasi ini sangat membantu para atlet menembak merekod dan menilai prestasi peribadi mereka.