Kesedaran terhadap amalan pemakanan seimbang dalam kalangan pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: satu tinjauan
Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada kecil lagi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau sejauhmanakah kesedaran pelajar politeknik terhadap amala...
Huvudupphovsman: | |
---|---|
Materialtyp: | Lärdomsprov |
Språk: | English English |
Publicerad: |
2013
|
Ämnen: | |
Länkar: | http://eprints.uthm.edu.my/2004/1/24p%20NOORSYARZIELAH%20SALEH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2004/2/NOORSYARZIELAH%20SALEH%20WATERMARK.pdf |
Sammanfattning: | Pemakanan yang baik mula mempengaruhi kesihatan tubuh badan sejak daripada kecil
lagi. Pemakanan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan
mencegah penyakit. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meninjau
sejauhmanakah kesedaran pelajar politeknik terhadap amalan pemakanan seimbang.
Skop yang dikaji dalam kajian ini ialah menentukan tahap pengetahuan pelajar
terhadap pemakanan seimbang, meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan
pemakanan pelajar, menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap amalan pemakanan
seimbang serta mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan
dengan amalan pemakanan seimbang. Reka bentuk kajian yang digunakan penyelidik
adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan. Saiz sampel seramai 297 orang responden
telah terlibat dalam kajian ini melibatkan Politeknik Merlimau, Melaka dari semua
jabatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Data
dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For
Social Science (SPSS) versi 21.0 bagi mendapatkan nilai skor min, kekerapan, sisihan
piawai, peratusan (%) serta Ujian Korelasi Pearson kerana data bertaburan normal.
Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan
seimbang masih di peringkat sederhana. Selain itu, melalui kajian ini dapat dibuktikan
bahawa harga makanan dan keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi
pemilihan makanan pelajar. Walaupun tahap pengetahuan mereka sederhana, akan
tetapi kesedaran mereka terhadap amalan pemakanan seimbang tinggi. Melalui
analisis ujian korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan
di antara tahap pengetahuan pelajar dengan amalan pemakanan mereka. Walaupun
sedemikian, perhubungan yang wujud adalah pada tahap sederhana dan positif.
Kata kunci : Pemakanan seimbang, pengetahuan, amalan pemakanan seimbang,
kesedaran. |
---|