Kesediaan pembimbing dalam pelaksanaan Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) di Proton Holdings Berhad, Shah Alam, Selangor
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada individu yang telah dipilih oleh pihak industri sebagai pembimbing kepada pelajar program Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) adalah bersedia atau tidak untuk memikul tanggungjawab untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar. A...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2028/1/24p%20NORHIDAYAH%20ZAIDON.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2028/2/NORHIDAYAH%20ZAIDON%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2028/3/NORHIDAYAH%20ZAIDON%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada individu yang telah
dipilih oleh pihak industri sebagai pembimbing kepada pelajar program
Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK) adalah bersedia atau tidak untuk memikul
tanggungjawab untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Aspekaspek
seperti
demografi
(jantina,
umur
dan
tahap
pendidikan),
pengalaman
sedia
ada
(pengalaman
sebagai pembimbing dan pengalaman sebagai pelajar), personaliti diri
(locus of control dan upward striving), situasi (kualiti hubungan dengan penyelia dan
dorongan tekanan kerja) dan faedah dan ganjaran telah dikaji. Kajian ini
dilaksanakan secara tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 60
orang responden yang terdiri daripada pembimbing dalam pelaksanaan PBK di
Proton Holdings Berhad, Shah Alam, Selangor. Analisis data yang digunakan dalam
kajian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian dengan menggunakan pendekatan
Model Rasch dan perisian Winstep 3.69.1.11. Analisis data adalah berdasarkan nilai
min logit, min skor dan nilai Differential Group Functioning Size (DGF Size) yang
melihat kepada nilai ujian t dan p. Hasil kajian mendapati responden bersetuju
bahawa mereka bersedia untuk membimbing pelajar berdasarkan kelima-lima aspek
tersebut iaitu demografi, pengalaman sedia ada, personalti diri, situasi dan faedah
dan ganjaran. Berdasarkan nilai Differential Group Functioning Size (DGF Size)
yang melihat kepada nilai ujian t dan p, terdapat perbezaan yang signifikan daripada
aspek pengalaman sedia ada dan situasi berdasarkan jantina. |
---|