Hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar aliran vokasional
Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 menunjukkan penurunan pencapaian bagi Sekolah Menengah Vokasional. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2052/1/24p%20NURUL%20FARAHANAA%20ANWAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2052/2/NURUL%20FARAHANAA%20ANWAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2052/3/NURUL%20FARAHANAA%20ANWAR%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 menunjukkan penurunan
pencapaian bagi Sekolah Menengah Vokasional. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan
bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenalpasti gaya pembelajaran paling
dominan yang diamalkan oleh pelajar serta melihat perbezaan gaya pembelajaran
dengan jantina pelajar. Seramai 131 orang Pelajar Tingkatan Empat Kursus
Vokasional Di Sekolah Menengah Vokasional Segamat di Johor telah terlibat dalam
kajian ini. Soal selidik Index of Learning Style (ILS) yang dibangunkan oleh Felder
dan Silverman (1991) yang mengandungi 44 soalan telah digunakan untukh
menjalankan kajian ini. Gaya pembelajaran pelajar dapat dilihat melalui empat
dimensi gaya pembelajaran yang terdiri dari dua sub-skala yang bertentangan iaitu
dimensi pelajar Aktif dan Reflektif, dimensi pelajar Konkrit dan Intuitif, dimensi
pelajar Verbal dan Visual, serta dimensi pelajar Tersusun dan Global. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science for WINDOW release 20.0 (SPSS.20.0). Ujian Korelasi Pearson digunakan
untuk menganalisis data dalam mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar. Nilai pekali p yang diperolehi di antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah (p=0.1 hingga 0.4). Ini menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara dua pembolehubah tersebut. Kajian
ini juga mendapati bahawa gaya pembelajaran yang menjadi amalan pelajar ialah
gaya pembelajaran Tersusun. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan jantina pelajar. |
---|