Kesediaan pelajar politeknik kejuruteraan elektrik dalam menceburi bidang keusahawanan
Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pelajar bidang kejuruteraan elektrik di Politeknik ba...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2102/1/24p%20NURUL%20NADHILAH%20MOHD%20HALID.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2102/2/NURUL%20NADHILAH%20MOHD%20HALID%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Bidang keusahawanan kini semakin berkembang maju selaras dengan seruan
kerajaan yang banyak memberi dorongan kepada rakyat Malaysia agar menjadikan
usahawan sebagai kerjaya utama. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal
pasti kesediaan pelajar bidang kejuruteraan elektrik di Politeknik bahagian zon
selatan yang terdiri daripada Politeknik Melaka (PM), Politeknik Ibrahim Sultan
(PIS), Politeknik Merlimau (PMM) dan Politeknik Port Dickson (PPD) dalam
menceburi bidang keusahawanan. Seramai 291 orang pelajar terlibat dalam kajian
ini. Kajian yang dijalankan adalah berasaskan Model Integratif Keusahawanan Input
dan Keluaran, Model Asas Proses Keusahawanan, Teori Tingkah Laku Terancang,
Model Pembangunan Usahawan dan juga Model Proses Pembentukan Usahawan
Data kajian diperolehi daripada borang soal selidik yang mengandungi 73. Nilai
kebolehpercayaan, Alpha Cronbach bagi instrument kajian adalah 0.957. Dapatan
yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 16.0 untuk mendapat nilai frekuensi,
peratus dan juga pekali korelasi. Dapatan kajian menunjukkan min bagi setiap
elemen kesediaan yang dikaji ialah pengetahuan (3.60), kemahiran (min: 3.45),
dorongan (min: 3.74), minat (min: 3.72), pengalaman (3.20) dan kepimpinan (min:
3.80). Manakala min bagi kekangan sikap ialah 2.56. Dapatan kajian juga mendapati
bahawa hipotesis yang menyatakan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
minat keusahawan dan kepimpinan keusahawanan ditolak (r: 0.46). Berdasarkan
kajian ini, dirumuskan bahawa elemen kesediaan keusahawanan bagi diri pelajar
politeknik berada pada tahap sederhana. |
---|