Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia
Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpun...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2203/1/24p%20SOEB%20PAWI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2203/2/SOEB%20PAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2203/3/SOEB%20PAWI%20WATERMARK.pdf |
_version_ | 1825709680291217408 |
---|---|
author | Pawi, Soeb |
author_facet | Pawi, Soeb |
author_sort | Pawi, Soeb |
collection | UTHM |
description | Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai
harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan
(PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin
meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpunca daripada pelbagai
faktor termasuklah kaedah pengurusan dan pentadbiran PBT itu sendiri yang
semakin kompleks sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat dan keperluan
komuniti yang semakin mendesak. Fenomena prestasi pungutan cukai harta yang
rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi menyebabkan pihak pengurusan PBT
tidak dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menjalankan tanggungjawab
serta melaksanakan pembangunan mampan sebagaimana diharapkan. Oleh yang
demikian, satu strategi yang berkesan dan inisiatif yang terbaik perlu dirangka bagi
menangani perkara ini, sekaligus dapat menambahbaik dan meningkatkan kualiti
pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan
bagi (1) mengenal pasti permasalahan dan hubung kait dengan perundangan dan
polisi yang terlibat dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia, (2) mengukur
prestasi pungutan semasa dan tunggakan cukai harta di PBT Malaysia, (3) mengkaji
strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia
dan akhirnya (4) membangunkan model pengurusan cukai harta bagi PBT Malaysia.
Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan hibrid (mixed
method). Melalui pendekatan kualitatif, teknik Delphi telah digunakan dengan
mengadakan perbincangan dan temubual secara semi-struktur sebanyak dua fasa ke
atas 15 responden yang terdiri daripada pakar-pakar pencukaian di PBT Malaysia.
Hasil temubual telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi mengenal pasti
tema perbincangan dengan faktor kekerapan sebagai keutamaan. Melalui pendekatan
kuantitatif, sebanyak 239 responden telah mengemukakan maklum balas melalui
instrumen kaji selidik yang dibina bagi mendapatkan strategi dan inisiatif yang
diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Kajian ini telah
menghasilkan satu tahap pengukuran prestasi pungutan cukai harta di PBT Malaysia.
Hasil kajian juga dapat mengenal pasti lima aspek penting dalam pembentukkan
model pengurusan cukai harta PBT Malaysia iaitu terdiri daripada (1) Pengurusan &
Pentadbiran, (2) Perundangan, (3) Penguatkuasaan, (4) Promosi & insentif serta (5)
Strategi, inisiatif & transformasi yang perlu diberi penekanan bagi memastikan
pengurusan cukai harta yang berkesan di PBT Malaysia. Penemuan baru atau novelty
dalam kajian ini adalah menghasilkan tahap prestasi dan model pengurusan cukai
harta di mana ia dibangunkan dan boleh dijadikan penanda aras serta panduan dalam
mengatasi kemelut prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai
harta yang tinggi di PBT Malaysia. |
first_indexed | 2024-03-05T21:42:16Z |
format | Thesis |
id | uthm.eprints-2203 |
institution | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
language | English English English |
last_indexed | 2024-03-05T21:42:16Z |
publishDate | 2013 |
record_format | dspace |
spelling | uthm.eprints-22032021-10-31T04:03:08Z http://eprints.uthm.edu.my/2203/ Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia Pawi, Soeb HD101-1395.5 Land use Land tenure Prestasi pungutan hasil cukai harta semasa yang rendah dan kadar tunggakan cukai harta yang tinggi telah menjadi isu yang berlarutan di pihak berkuasa tempatan (PBT) Malaysia. Isu ini telah menjadi permasalahan yang serius dan semakin meruncing serta amat sukar untuk diselesaikan. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah kaedah pengurusan dan pentadbiran PBT itu sendiri yang semakin kompleks sejajar dengan pembangunan yang semakin pesat dan keperluan komuniti yang semakin mendesak. Fenomena prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi menyebabkan pihak pengurusan PBT tidak dapat menyediakan perkhidmatan terbaik dalam menjalankan tanggungjawab serta melaksanakan pembangunan mampan sebagaimana diharapkan. Oleh yang demikian, satu strategi yang berkesan dan inisiatif yang terbaik perlu dirangka bagi menangani perkara ini, sekaligus dapat menambahbaik dan meningkatkan kualiti pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi (1) mengenal pasti permasalahan dan hubung kait dengan perundangan dan polisi yang terlibat dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia, (2) mengukur prestasi pungutan semasa dan tunggakan cukai harta di PBT Malaysia, (3) mengkaji strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia dan akhirnya (4) membangunkan model pengurusan cukai harta bagi PBT Malaysia. Metodologi kajian yang digunapakai adalah melalui pendekatan hibrid (mixed method). Melalui pendekatan kualitatif, teknik Delphi telah digunakan dengan mengadakan perbincangan dan temubual secara semi-struktur sebanyak dua fasa ke atas 15 responden yang terdiri daripada pakar-pakar pencukaian di PBT Malaysia. Hasil temubual telah dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi mengenal pasti tema perbincangan dengan faktor kekerapan sebagai keutamaan. Melalui pendekatan kuantitatif, sebanyak 239 responden telah mengemukakan maklum balas melalui instrumen kaji selidik yang dibina bagi mendapatkan strategi dan inisiatif yang diperlukan dalam pengurusan cukai harta di PBT Malaysia. Kajian ini telah menghasilkan satu tahap pengukuran prestasi pungutan cukai harta di PBT Malaysia. Hasil kajian juga dapat mengenal pasti lima aspek penting dalam pembentukkan model pengurusan cukai harta PBT Malaysia iaitu terdiri daripada (1) Pengurusan & Pentadbiran, (2) Perundangan, (3) Penguatkuasaan, (4) Promosi & insentif serta (5) Strategi, inisiatif & transformasi yang perlu diberi penekanan bagi memastikan pengurusan cukai harta yang berkesan di PBT Malaysia. Penemuan baru atau novelty dalam kajian ini adalah menghasilkan tahap prestasi dan model pengurusan cukai harta di mana ia dibangunkan dan boleh dijadikan penanda aras serta panduan dalam mengatasi kemelut prestasi pungutan cukai harta yang rendah dan tunggakan cukai harta yang tinggi di PBT Malaysia. 2013-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://eprints.uthm.edu.my/2203/1/24p%20SOEB%20PAWI.pdf text en http://eprints.uthm.edu.my/2203/2/SOEB%20PAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf text en http://eprints.uthm.edu.my/2203/3/SOEB%20PAWI%20WATERMARK.pdf Pawi, Soeb (2013) Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. |
spellingShingle | HD101-1395.5 Land use Land tenure Pawi, Soeb Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia |
title | Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia |
title_full | Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia |
title_fullStr | Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia |
title_full_unstemmed | Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia |
title_short | Model pengurusan cukai harta Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia |
title_sort | model pengurusan cukai harta pihak berkuasa tempatan malaysia |
topic | HD101-1395.5 Land use Land tenure |
url | http://eprints.uthm.edu.my/2203/1/24p%20SOEB%20PAWI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2203/2/SOEB%20PAWI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2203/3/SOEB%20PAWI%20WATERMARK.pdf |
work_keys_str_mv | AT pawisoeb modelpengurusancukaihartapihakberkuasatempatanmalaysia |