Model konsep kemahiran hijau Politeknik Malaysia

Kemahiran hijau merupakan kemahiran yang diperlukan di dalam pasaran pekerjaan hijau yang berteraskan perekonomian hijau. Namun pada masa kini di Malaysia kemahiran hijau masih merupakan perkara baru dan perlu diterokai tentang jenis dan bentuk kemahiran tersebut. Sehubungan dengan itu kajian ini...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Hassan @ Abdul Ghani, Mohd Shahril
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/230/1/24p%20MOHD%20SHAHRIL%20MOHD%20HASSAN%20%40%20ABDUL%20GHANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/230/2/MOHD%20SHAHRIL%20MOHD%20HASSAN%20%40%20ABDUL%20GHANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/230/3/MOHD%20SHAHRIL%20MOHD%20HASSAN%20%40%20ABDUL%20GHANI%20WATERMARK.pdf
Description
Summary:Kemahiran hijau merupakan kemahiran yang diperlukan di dalam pasaran pekerjaan hijau yang berteraskan perekonomian hijau. Namun pada masa kini di Malaysia kemahiran hijau masih merupakan perkara baru dan perlu diterokai tentang jenis dan bentuk kemahiran tersebut. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menghasilkan Model Konsep Kemahiran Hijau Politeknik Malaysia untuk diterapkan di dalam kurikulum kejuruteraan mekanikal, awam dan elektrik. Kajian ini menggunakan kaedah Exploratory Sequential Mix-Method yang melibatkan 3 fasa kajian yang berfokuskan kepada bidang kejuruteraan mekanikal, awam dan elektrik. Fasa 1: pemerolehan data berkaitan dengan kemahiran hijau diperolehi melalui kaedah kualitatif. Perbincangan dijalankan dengan pakar kurikulum secara kumpulan fokus dan temu bual bersemuka dengan pakar TVET. Konsensus pakar diperolehi melalui Teknik Fuzzy Delphi. Hasil daripada fasa 1 sebanyak 31 elemen kemahiran hijau telah dikenal pasti. Sebelum fasa 2 dimulakan instrumen soal selidik telah dibangunkan berdasarkan dapatan fasa 1. Setelah kajian rintis dijalankan terdapat 8 elemen kemahiran hijau telah dikeluarkan kerana tidak memenuhi kehendak diagnosis yang dijalankan. Sejumlah 23 elemen kemahiran hijau dikekalkan bagi kajian seterusnya pada fasa 2. Pada fasa 2 penyelidik telah menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibangunkan bagi memperoleh data kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pekerja daripada industri dan 320 orang pensyarah Politeknik Malaysia daripada semenanjung Malaysia mengikut zon yang terpilih. Dapatan kajian kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Winsteps V3.69.1.11 . Dapatan analisis menunjukkan secara keseluruhan pihak industri menunjukkan persetujuan pada tahap tinggi semua terhadap kepentingan elemen kemahiran hijau (min skor konstruk tempat kerja = 4.47, min skor konstruk akademik = 4.06, min skor konstruk keberkesana personel = 4.35). Pensyarah politeknik juga menunjukkan persetujuan pada tahap yang tinggi terhadap kepentingan elemen kemahiran hijau (min konstruk tempat kerja = 4.46, min konstruk akademik = 4.31, min konstruk keberkesana personel = 4.43). Namun dapatan analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap elemen kemahiran asas komputer (t = -2.28), pembelajaran sepanjang hayat (t =-2.14) tanggungjawab sosial (t = -2.11) dan etika dan profesional (t =2.21). Manakala fasa ketiga pula menggunakan analisis PCA bagi tujuan pengesahan kerangka model konsep kemahiran hijau. Analisis PCA menunjukkan Model Konsep Kemahiran Hijau Politeknik telah dapat disahkan secara empirikal (konstruk tempat kerja RVEM = 42.3 %, UV1stC = 2.4,10%, , konstruk akademik RVEM = 48.3 %, UV1stC = 2.7,9.8%, konstruk keberkesanan personel RVEM = 41.9 %, UV1stC =2.9,9.4%,)