Hubungan antara penyeliaan pengajaran, kesediaan mengajar dan profesionalisme guru di kalangan guru teknikal
Bagi memperbaiki kualiti pendidikan, penyeliaan pengajaran yang berkesan perlu ditegaskan dalam proses pengajaran guru. Penyeliaan sebagai salah satu mekanisme penting dalam Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, sekali gus mengesan kelemahan da...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2311/1/LIM%20YEONG%20CHYNG%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2311/2/LIM%20YEONG%20CHYNG%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2311/3/LIM%20YEONG%20CHYNG%20-%20fulltext.pdf |
Summary: | Bagi memperbaiki kualiti pendidikan, penyeliaan pengajaran yang berkesan perlu ditegaskan dalam proses pengajaran guru. Penyeliaan sebagai salah satu mekanisme penting dalam Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, sekali gus mengesan kelemahan dan membuat penambahbaikan. Kajian yang telah dijalankan adalah berbentuk kuantitatif untuk mengenal pasti hubungan antara penyeliaan pengajaran, kesediaan mengajar dan profesionalisme guru di kalangan guru teknikal. Kajian ini bertujuan
bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran, tahap kesediaan mengajar guru semasa penyeliaan pengajaran berlaku dan hubungan di antara persepsi guru terhadap kepentingan penyeliaan pengajaran dengan tahap profesionalisme guru. Secara khususnya kajian ini adalah berbentuk
tinjauan di mana setiap maklumat itu diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada guru teknikal di enam buah Sekolah Menengah Teknik di Pulau Pinang. Sampel kajian adalah seramai 120 orang responden. Dalam kajian rintis, nilai alpa penyeliaan pengajaran keseluruhan mencapai 0.963. Perisian Statiscal Package for Social Sciences (SPSS 13.0) digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data. Kesemua data dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Kaedah frekuensi dan peratus digunakan untuk menganalisis profil responden. Kaedah purata skor digunakan menganalisis data bagi persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran dan tahap kesediaan guru semasa penyeliaan pengajaran. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengenal
pasti hubungan di antara persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran dengan tahap profesionalisme guru. Dapatan kajian mendapati guru sedar akan kepentingan penyeliaan pengajaran dengan purata keseluruhan skor min 3.15 dan sisihan piawai adalah 0.593. Tahap kesediaan mengajar guru adalah tinggi iaitu purata keseluruhan skor min 3.39 dan sisihan piawai adalah 0.396. Keputusan yang diperolehi daripada analisis korelasi Pearson merupakan hubungan yang positif
dengan pekali korelasi yang sederhana iaitu r = 0.502. Guru-guru perlu didedahkan kepada konsep dan matlamat penyeliaan pengajaran, justeru itu dapat memperkembangkan potensi guru secara berterusan dan meningkatkan profesionalisme guru. |
---|