Merekabentuk dan menilai peralatan serbaguna untuk ujikaji keseimbangan daya, roda tenaga dan peluncuran

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kebolehgunaan peralatan ujikaji serbaguna sebagai salah satu alat bantu pembelajaran. Peralatan ujikaji serbaguna ini telah dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas tempat kajian, tinjauan ke atas keperluan sedi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Khathri, Akasyah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2329/1/AKASYAH%20BIN%20MOHD%20KHATHRI%20-%2024p.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2329/2/AKASYAH%20BIN%20MOHD%20KHATHRI%20-%20declaration.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/2329/3/AKASYAH%20BIN%20MOHD%20KHATHRI%20-%20fulltext.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kebolehgunaan peralatan ujikaji serbaguna sebagai salah satu alat bantu pembelajaran. Peralatan ujikaji serbaguna ini telah dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas tempat kajian, tinjauan ke atas keperluan sedia ada, pelajar-pelajar seterusnya kepada tenaga pengajar. Kajian ini dilakukan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dengan menggunakan 40 orang pelajar kejuruteraan mekanikal sebagai sampel kajian.. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dianalisis dalam bentuk skor min dan sisihan piawai menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS Versi 11.0) bagi menentukan tahap kebolehgunaan peralatan ujikaji dan aspek mesra pengguna. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kebolehgunaan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah 3.81, persembahan rekabentuk peralatan ialah 3.87 dan keselesaan interaksi pengguna 3.73 adalah tinggi. Oleh itu, hasil kajian mendapati peralatan ujikaji serbaguna ini memenuhi kriteria-kriteria di atas.