Summary: | Penyelenggaraan jalan adalah satu proses kerja-kerja yang terlibat bagi tujuan mengekalkan keadaan jalan seperti keadaan asalnya dari segi ciri-ciri geometri dan juga kekuatan strukurnya (Salleh, 2011). Selain itu, penyelenggaraan jalan merupakan kerja-kerja menjaga dan memperelokkan jalan dan bahagian-bahagian jalan yang telah siap dibina. Penyelenggaraan jalan juga melibatkan lain- lain struktur binaan yang terdapat pada jalan raya dan jalan yang mengalami kadar kerosakan yang bermula setelah siap dibina dan mula digunakan. Kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan bagi mengawal kerosakan, menjamin jalan yang dibina boleh mencapai jangka hayat yang lama, menjaga jalan raya untuk kegunaan trafik dan memperbaiki perjalanan sistem trafik (JKR, 2009).
|