Khemah mangsa banjir patuh syariah

Kebelakangan ini semakin kerap bencana banjir yang melanda negara Malaysia. Bencana banjir yang berlaku ini, sama ada daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab mahupun faktor iklim, kedua-duanya membawa kepada akibat yang besar kepada sesebuah masyarakat. Keadaan semakin buruk dengan fen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahya, Mohd Shahir, Mohamad, Mahmod Abd Hakim, Kamaruddin, Syamsul Azrin, Mohd Nadzri, Muhammad Haziq Khairunnas, Razali, Nur Afiq, Mohd Suhaimin, Muhammad Syamil Hakim
Other Authors: Tuan Ibrahim, Tuan Mohd Hafeez
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2509/1/Bab04.pdf
Description
Summary:Kebelakangan ini semakin kerap bencana banjir yang melanda negara Malaysia. Bencana banjir yang berlaku ini, sama ada daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab mahupun faktor iklim, kedua-duanya membawa kepada akibat yang besar kepada sesebuah masyarakat. Keadaan semakin buruk dengan fenomena La Nina yang menyebabkan hujan lebat selain musim tengkujuh yang sering berlaku di bahagian pantai timur negara [1]. Penduduk yang berada di negeri-negeri yang mengalami banjir mengalami masalah yang sama. Tinggal di dalam khemah mangsa banjir sudah menjadi lumrah bagi mereka di sesetangah kawasan yang mengalami banjir yang teruk. Projek ini bertujuan membina sebuah khemah khususnya bagi penempatan mangsa banjir yang melanda negara. Projek yang dijalankan ini merujuk kepada segala permasalahan yang wujud di kalangan mangsa–manga banjir sendiri. Kumpulan sasaran adalah mangsa banjir yang berada di negeri yang sering mengalami banjir seperti di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang. Objektif projek Khemah patuh Syariah ini adalah untuk membantu para mangsa dalam memberi satu keselesaan khususnya bagi mereka yang berkeluarga dan para wanita. Keselesaan yang dimaksudkan adalah fleksibiliti untuk menunaikan solat, mengambil wudhuk dan menukar pakaian. Projek ini diinovasi daripada khemah IM4U (1Malaysia For Youth) milik kerajaan yang telah digunakan bagi penempatan sementara mangsa banjir di Malaysia. Data-data dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Melalui borang kajian yang diedarkan serta selepas dikaji secara teliti didapati bahawa masih ada kekurangan yang perlu dititikberatkan demi memberi keselesaan yang sepatutnya kepada mangsa banjir ini.