Kecenderungan kerjaya sebagai usahawan di kalangan pelajar bumiputera di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat senario sekarang, masih ramai Bumiputera yang kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang tahap kecenderungan keijaya...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2649/1/ROSILAWATI%20BINTI%20MOHD%20ARIPIN%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2649/2/ROSILAWATI%20BINTI%20MOHD%20ARIPIN%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2649/3/ROSILAWATI%20BINTI%20MOHD%20ARIPIN%20-%20fulltext.pdf |
Summary: | Usahawan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah
negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat senario sekarang, masih ramai Bumiputera
yang kurang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru itu, kajian ini
bertujuan untuk menyelidik tentang tahap kecenderungan keijaya sebagai usahawan di
kaiangan pelajar Bumiputera tahun akhir Diploma Akauntansi Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah, Kuantan (POLISAS). Secara khususnya, kajian ini akan menyelidik sejauh
mana cita-cita pelajar Bumiputera untuk menjadi seorang usahawan dipengaruhi oleh
ciri-ciri peribadi pelajar, faktor keluarga, faktor pengajian, pengalaman keija dan faktor
persekitaran. Responden kajian terdiri daripada pelajar Bumiputera POLISAS iaitu
seramai 51 orang. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan
menggunakan prosedur Ujian T, Crosstabs dan Korelasi Pearson melalui perisian SPSS
(Statistical Package For Social Sciences). Dapatan kajian menunjukkan hanya faktor
persekitaran (iaitu faktor pihak yang paling mempengaruhi pelajar untuk berniaga) yang
dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam perniagaan. Faktor-faktor lain
didapati kurang memberikan sumbangan dalam menarik minat pelajar untuk cenderung
kepada bidang keusahawanan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi menangani
masalah ini agar kaum Bumiputera tidak jauh ketinggalan berbanding kaum lain dan
seterusnya memenuhi hasrat kerajaan dalam merealisasikan matlamat Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang masih belum dicapai sepenuhnya hingga ke hari ini. |
---|