Pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pensyarah jabatan perdagangan politeknik: satu tinjauan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan para pensyarah di politeknik. Selain itu, tahap penggunaan teknologi maklumat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, isu dan masalah penggunaan teknologi maklumat di politeknik serta lat...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2778/1/SABRINA%20ISNIN%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2778/2/SABRINA%20ISNIN%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2778/3/SABRINA%20ISNIN%20-%20fulltext.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan para pensyarah di politeknik. Selain itu, tahap penggunaan teknologi maklumat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, isu dan masalah penggunaan teknologi maklumat di politeknik serta latihan teknologi maklumat yang diperlukan oleh pesyarah politeknik turut dikaji. Kajian ini melibatkan seramai 189 orang Pensyarah Jabatan Perdagangan di lima buah politeknik. Antara politeknik yang terlibat ialah Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Merlimau Melaka (PMM), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Sciences (SPSS) dengan membuat pengiraan kekerapan, peratusan, skor min, sisihan piawai dan analisis varians (ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan para pensyarah politeknik kurang berpengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi dan sangat memerlukan latihan yang mampu mendedahkan mereka dengan teknologi maklumat agar dapat dipraktikkan dalam dunia pendidikan. |
---|