Pembangunan dan penganalisisan aplikasi permohonan peruntukkan penyelenggaraan bangunan sekolah berasaskan proses pengurusan dalam kejuruteraan awam
Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan fungsi bangunan dapat dilaksanakan sebagaimana fungsinya secara normal. Penyelenggaraan bangunan sekolah adalah aktiviti rutin yang harus dijalankan memandangkan sekolah adalah lokasi pertama dalam pengembangan mi...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2862/2/24p%20SHARIFAH%20HAMIMAH%20SHAMSUDDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2862/1/SHARIFAH%20HAMIMAH%20SHAMSUDDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2862/3/SHARIFAH%20HAMIMAH%20SHAMSUDDIN%20WATERMARK.pdf |
Summary: | Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan
fungsi bangunan dapat dilaksanakan sebagaimana fungsinya secara normal.
Penyelenggaraan bangunan sekolah adalah aktiviti rutin yang harus dijalankan
memandangkan sekolah adalah lokasi pertama dalam pengembangan minda kanak�kanak. Namun begitu, kajian literatur menunjukkan terdapat beberapa masalah
dalam pengurusan penyelenggaraan yang lazimnya diselia oleh ahli jawatankuasa
penyelenggaraan sekolah. Antaranya ialah kegagalan mereka mematuhi Pekeliling
Am Bil.2 Tahun 1995 dalam proses permohonan penyelenggaraan. Disebabkan
permasalahan tersebut, tesis ini diwujudkan bagi membantu mereka dalam
menyelesaikan sebahagian masalah yang dihadapi dengan cara membangunkan satu
aplikasi permohonan penyelenggaraan sekolah berkomputer. Pembangunan aplikasi
adalah menggunakan Microsoft Access. Aplikasi pertama yang dibangunkan adalah
CoRTMaS di mana ia hanya tertumpu kepada penyelenggaraan bumbung dan tandas
berdasarkan kepada kajian literatur yang mengatakan 2 komponen ini paling kerap
mengalami kerosakan. Hasil soal selidik diuji menggunakan SPSS dan mendapati
kadar ketepatan hasil kajian adalah α = 0.893. Walaupun hasil kajian CoRTMaS
amat memuaskan, aplikasi SiPBaS dibangunkan bagi menambah baik fungsi aplikasi
dalam CoRTMaS. Kesimpulannya, pembangunan aplikasi dapat menyumbang
kepada kelancaran proses permohonan penyelenggaraan sekolah namun terdapat
beberapa cadangan lanjutan yang dicadangkan bagi memantapkan aplikasi SiPBaS
iaitu menjadikan aplikasi ini berfungsi secara atas talian, mewujudkan ruangan bagi
memuat turun gambar kerosakan serta mewujudkan kod keselamatan untuk
kontraktor terlibat. |
---|