Pembinaan Web CD pembelajaran bagi matapelajaran lukisan ber bantukan komputer (AUTOCAD) dalam penghasilan permodelan 3D
Kajian ini adalah berkenaan Penghasilan Web CD Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Lukisan Berbantukan Komputer bagi Permodelan 3D untuk pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang dihasilkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver. Objektif k...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2973/1/MOHD%20SABRI%20HUSSIN%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2973/2/MOHD%20SABRI%20HUSSIN%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2973/3/MOHD%20SABRI%20HUSSIN%20-%20fulltext.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah berkenaan Penghasilan Web CD Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Lukisan Berbantukan Komputer bagi Permodelan 3D untuk pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang dihasilkan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui sama ada isi kandungan dan elemen persembahan Web CD yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar. Selain itu, kajian ini juga untuk mengetahui sama ada Web CD yang dihasilkan dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran. Responden kajian ini terdiri daripada 36 orang pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistic For The Social Science (SPSS) Version 11.0 untuk mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan isi kandungan Web CD telah dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar. Web CD juga meningkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran AutoCAD dan mempunyai elemen-elemen persembahan yang dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. |
---|