Pembangunan bahan pembelajaran berbentuk CD-ROM interaktif bagi subjek Kartografi di politeknik
Pada masa kini negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2985/1/HUSNIRA%20BT%20HUSSIN%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2985/2/HUSNIRA%20BT%20HUSSIN%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2985/3/HUSNIRA%20BT%20HUSSIN%20-%20fulltext.pdf |
Summary: | Pada masa kini negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi
sebuah negara yang maju. Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak
mahu ketinggalan untuk menguasai era teknologi maklumat terutamanya dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan sebuah CD Interaktif
bagi subjek Kartografi di Politeknik. Cd Interaktif yang diberi nama sebagai e-Carto ini
kemudiannya diuji dari tiga aspek utama iaitu isi kandungan, antaramuka dan strategi P
& P yang digunakan. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar semester tiga
Diploma Ukur tanah (3 DUT) di Politeknik Sultan Ahmad Shah. Manakala, instrumen
yang digunakan untuk penilaian ialah melalui kaedah soal selidik yang diedarkan kepada
responden. Data yang diperolehi ini akan dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS
dengan menggunakan kaedah Statistik Deskriptif untuk mendapatkan skor min. Dapatan
Kajian menunjukkan bahawa pelajar telah menunjukkan maklumbalas yang positif
terhadap e-Carto iaitu dari segi isi kandungan (M= 3.48), antaramuka (M = 3.41) dan
strategi P & P ( M = 3.50). Secara keseluruhannya ia menujukkan bahawa penilaian
ketiga-tiga aspek ini berada pada tahap tinggi. Oleh itu e-Carto sesuai digunakan sebagai
bahan pengajaran berbantukan komputer bagi subjek Kartografi di Politeknik. |
---|