Penilaian terhadap modul pembelajaran teori kos pengeluaran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
Kajian ini bertujuan menilai Modul Pembelajaran Teori Kos Pengeluaran yang dihasilkan oleh pengkaji. Kajian ini mengandungi empat objektif yang perlu dicapai. Objektif utama adalah mengenai pasti penerimaan pelajar terhadap modul ini. Responden adalah terdiri daripada 31 orang pelajar semester pe...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/3008/1/SITI%20FATIMAH%20BINTI%20MD%20AZALI%20-%20declaration.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3008/2/SITI%20FATIMAH%20BINTI%20MD%20AZALI%20-%2024p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/3008/3/SITI%20FATIMAH%20BINTI%20MD%20AZALI%20-%20fulltext.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan menilai Modul Pembelajaran Teori Kos Pengeluaran yang
dihasilkan oleh pengkaji. Kajian ini mengandungi empat objektif yang perlu dicapai.
Objektif utama adalah mengenai pasti penerimaan pelajar terhadap modul ini.
Responden adalah terdiri daripada 31 orang pelajar semester pertama dalam bidang
Diploma Pemasaran di Politeknik Port Dickson. Objektif seterusnya adalah mengenai
pasti kewujudan perbezaan pencapaian markah pelajar sebelum dan selepas
menggunakan modul, mengenai pasti situasi sebenar penggunaan modul dan mengenai
pasti maklum balas tenaga akademik terhadap kebolehgunaan modul ini untuk
membantu pelajar. Kaedah kuantitatif dan kualitatif telah digunakan bagi melaksanakan
empat objektif kajian yang telah ditentukan. Kaedah kuantitatif adalah analisis data
daripada borang soal selidik dan item ujian dengan menggunakan program SPSS 10.0
for Windows. Tiga perkara yang dinilai oleh pelajar ialah isi kandungan modul, mesra
pengguna dan kebolehlaksanaan modul. Kaedah kualitatif melibatkan analisis data
daripada maklum balas tenaga akademik melalui senarai semak dan temu bual serta
berdasarkan pengalaman pengkaji. Lima perkara yang dinilai oleh tenaga akademik
ialah isi kandungan modul, bahasa, cara persembahan, soalan-soalan ujian dan penilaian
keseluruhan modul. Hasil kajian melaporkan dapatan yang diperolehi berkenaan
penerimaan terhadap Modul Pembelajaran Teori Kos Pengeluaran. Hasil dapatan
keseluruhan menunjukkan penerimaan yang positif terhadap Modul Teori Kos
Pengeluaran untuk digunakan oleh pelajar serta diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. |
---|