Tinjauan terhadap motivasi dan transformasi budaya kehidupan dalam kalangan pelajar baharu di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM

Pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan unt...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahman1, Khairul Anuar, Arshad, Muhammad Syarif, Rahim, Mohd Bekri, Nur Yunus, Faizal Amin, Hashim, Suhaizal, Razali, Nizamuddin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit USIM 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3028/1/J12584_535ca0e94f7ffecaaf91599998944f42.pdf
Description
Summary:Pelajar peringkat universiti khususnya pelajar tahun pertama yang menyambung pengajian di universiti cenderung untuk mengalami masalah dalam menjalani kehidupan baharu mereka. Hal ini berkait dengan tahap motivasi pelajar terhadap perubahan gaya kehidupan seharian mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar di peringkat universiti. Seramai 194 orang pelajar tahun pertama yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional, FPTV, UTHM dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan yang melibatkan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Satu set soal selidik telah diedar bagi mendapatkan data dalam kajian yang dijalankan ini. Data yang dikumpul daripada soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science School (SPSS) versi 24 secara deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratusan, dan min bagi mengenal pasti tahap faktor diri, ibu bapa dan masyarakat yang mendorong motivasi serta faktor sosial dan masyarakat yang mendorong transformasi budaya kehidupan pelajar. Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan nilai min bagi pembolehubah motivasi berada pada tahap tinggi dan pembolehubah transformasi budaya kehidupan juga pada tahap tinggi. Seterusnya, analisis statistik inferensi telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara motivasi dengan transformasi budaya kehidupan pelajar dengan merujuk kepada ujian Spearman’s Rank Correlation. Hasil dapatan menunjukkan nilai korelasi berada pada nilai positif yang kuat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap motivasi pelajar tahun pertama di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM mempunyai hubungan yang kuat dengan transformasi budaya kehidupan mereka.