Pengurusan dan pentadbiran wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor

Wakaf merupakan salah satu cadang dalam fiqh muamalat sedang giat dipraktikkan di Malaysia yang melibatkan harta-harta termasuk tanah. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berken...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Khalim, Mustapahayuddin, Omar, Ismail, Zainol, Nur Zainatul Nadra
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTHM 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/3029/1/Bab01.pdf
Description
Summary:Wakaf merupakan salah satu cadang dalam fiqh muamalat sedang giat dipraktikkan di Malaysia yang melibatkan harta-harta termasuk tanah. Pengurusan tanah wakaf adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan tanah wakaf tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya. Namun, wujud permasalahan berkenaan pengurusan dan pentadbiran tanah wakaf yang tidak cekap dan telus sehingga berlakunya pencerobohan di tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Antara faktor wujud masalah berkenaan adalah pemegang amanah berhadapan dengan kekurangan dana dan kedudukan tanah wakaf yang tidak strategik. Hal ini menyebabkan tanah tersebut tidak dapat diuruskan sebaiknya untuk manfaat umat Islam. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis aspek cabaran yang dihadapi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah dalam pengurusan tanah wakaf. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa struktur kepada informan yang terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor. Manakala kaedah analisis data menggunakan kaedah diskrptif. Hasil kajian mendapati wujud keseragaman data dan tahap keupayaan mentadbir yang baik bagi memajukan tanah wakaf di negeri Johor oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor selaku pemegang amanah bagi tanah wakaf.