Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan bagi merekabentuk, membangunkan dan menguji kebolehfungsian prototaip kuasa biojisim sebagai alat bantu mengajar (ABM). Kaedah pencernaan anaerobik digunakan untuk membangunkan prototaip kuasa biojisim . Sepuluh buah prototaip kuasa biojisim menggunakan tin aluminium sebagai medium konduktor dan disambungkan semuanya dalam keadaan siri telah dibangunkan oleh pengkaji dalam pembangunan prototaip ini. Bacaan diambil secara purata yang mana keseluruhan bacaan yang diambil sebanyak 100 kali. Hasil dapatan kajian menunjukkan purata tertinggi bagi keluaran kuasa adalah 97.77mW, hasil darab purata bacaan voltan keluaran dan arus keluaran masing-masing adalah 4.108V dan 0.238A yang mana hasil tersebut mampu menghidupkan satu biji lampu LED dengan kandungan berat pasir halus iaitu 400 gram dan air garam sebanyak 1.3 liter. Seramai lima orang pakar memberi respons yang positif dan menerima prototaip kuasa biojisim sebagai ABM kerana ia menggunakan bahan buangan, mesra alam dan mudah dikendalikan.
|